Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Mei 15, 2022 15:59 MYT
Mei 15, 2022 15:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Mei 2022.
Orang Besar Delapan dan Ahli Rasmi Dewan Negara Perak itu telah mengutus surat bertarikh 15 Mei, memohon perkenan Sultan Nazrin untuk mengundurkan diri daripada penyandang gelaran berkenaan.
Terdapat banyak kekangan atau ‘syarat’ yang diletakkan bagi menjayakan debat berkenaan termasuk dari segi format, soalan serta lokasi.
Akibat kekurangan tenaga kerja, jumlah tangkapan dan pemeriksaan yang dilakukan jauh lebih kecil daripada itu.
Meskipun misi memburu emas di pentas Sukan SEA ke-31 tidak kesampaian, tetapi semangat juang yang dipamerkan jaguh silat negara, Mohd Al-Jufferi Jumari tidak langsung mengecewakan rakyat Malaysia.
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi bayangan parti itu akan terus memberi peluang kepada muka baharu untuk menjadi calon dalam pilihan raya akan datang.
Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil kurang berpuas hati terhadap penganjuran Debat Perdana antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Najib Razak yang berlangsung di Kompleks Penerangan Pelancongan Malaysia (MATIC) baru-baru ini.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berangkat ke Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi memberi penghormatan terakhir kepada Presiden UAE dan juga Pemerintah Abu Dhabi Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahyan, yang mangkat Jumaat lepas.
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenaan menerima laporan Pasukan Petugas Khas (PPK) berhubung semakan semula undang-undang berkenaan kes kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.
Seramai 13 individu yang terkandas di seberang sungai akibat kejadian kepala air di Sungai Lubuk Ujik, Taman Che Minah Sayang, berjaya diselamatkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Maran.
Polis menahan sepasang suami isteri di sini, hari ini, bagi membantu siasatan kes kematian seorang kanak-kanak berusia 8 tahun, yang disyaki didera.