awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aset rizab Malaysia pada US$124.12 bilion setakat akhir November 2025 - BNM
Penyelarasan pemeriksaan di KLIA lancarkan pergerakan penumpang, jamin keselamatan
[KOLUMNIS] Implikasi penyakit akuakultur terhadap keselamatan makanan negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Ibrahim terima laporan, taklimat isu Pulau Batu Puteh

Astro Awani
Astro Awani
15/05/2022
09:22 MYT
Sultan Ibrahim terima laporan, taklimat isu Pulau Batu Puteh
Sultan Ibrahim Iskandar menerima laporan Pasukan Petugas Khas berhubung semakan semula undang-undang berkenaan kes kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan daripada Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar. - Gambar FACEBOOK SULTAN IBRAHIM
KUALA LUMPUR: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenaan menerima laporan Pasukan Petugas Khas (PPK) berhubung semakan semula undang-undang berkenaan kes kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.
Memetik perkongsian dalam hantaran di akaun media sosial di Instagram Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, laporan dan taklimat itu dipersembahkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama-sama Pengerusi Pasukan Petugas Khas, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.
Laporan dan dan taklimat itu berlangsung di Istana Polo pada Ahad yang turut dihadiri Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim serta Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.
View this post on Instagram
A post shared by Sultan Ibrahim Sultan Iskandar (@officialsultanibrahim)
Menerusi pertemuan tersebut, Sultan Ibrahim sekali lagi menegaskan kepada PPK bahawa sebab-sebab keputusan kerajaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed untuk tidak meneruskan semakan semula kes itu di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) perlu dijadikan pengetahuan umum.
“Ini adalah soal kedaulatan negeri Johor. Rakyat Johor berhak untuk mengetahui mengapa Kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil keputusan sedemikian," titah baginda.
Pada 29 Oktober lalu, Kabinet bersetuju untuk membentuk PPK berkenaan ekoran keputusan kerajaan Persekutuan ketika pentadbiran Dr Mahathir pada tahun 2018 untuk tidak meneruskan permohonan semakan semula kes Pulau Batu Puteh di ICJ.
Sultan Ibrahim dilaporkan bertitah bahawa keputusan sedemikian seolah-olah mengaku kalah sebelum memasuki gelanggang di mahkamah berkenaan, walaupun ada pertemuan bukti baharu yang memihak kepada Malaysia.
“Kenapa keputusan untuk tidak meneruskan permohonan itu diambil? Mengapa soal kedaulatan Johor seolah-olah tidak penting kepada kerajaan pada waktu itu?” soal bginda dalam satu kenyataan pada tahun lalu.
Topic Berkaitan
#Batu Puteh
#Sultan Johor
#laporan pasukan petugas khas
#Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan