IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah memperkenankan permohonan pensyarah Pusat Islam, Universiti Oxford, United Kingdom, Datuk Dr Afifi Al-Akiti untuk mengundur diri sebagai Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan Perak merangkap Penasihat Rasmi Sultan Perak dalam hal ehwal Islam.
Setiausaha Dewan Negara Perak, Datuk Seri Ayob Hashim berkata, Orang Besar Delapan dan Ahli Rasmi Dewan Negara Perak itu telah mengutus surat bertarikh 15 Mei, memohon perkenan Sultan Nazrin untuk mengundurkan diri daripada penyandang gelaran berkenaan.
Menurutnya, surat itu telah diangkat sembah untuk pertimbangan Sultan Nazrin.
“Baginda menzahirkan penghargaan atas segala khidmat yang diberikan oleh Datuk Dr Afifi Al-Akiti dalam tempoh menyandang gelaran Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan dan berkenan menerima permohonan tersebut untuk dikuatkuasakan 15 Mei 2022,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.
Sementara itu, di dalam surat permohonan yang turut dilampirkan, Dr Afifi berkata, sejak dua minggu kebelakangan ini, tular bahan-bahan tertentu di media sosial yang bertujuan mencemarkan nama beliau.
“Saya memilih untuk tidak mahu mengulas atau memberi sebarang jawapan yang boleh mencetuskan berlaku perdebatan berpanjangan yang tidak memberikan sebarang manfaat.
“Bahan-bahan yang ditular juga kelihatan mempersoalkan kesesuaian peranan saya dengan institusi istana dan mempertikaikan peranan saya dengan urusan hal ehwal agama Islam,” katanya.
Dr Afifi berkata, beliau mengutus surat itu kerana insaf jika ia berlarutan dan tidak dibendung, akan menjejaskan darjat kemuliaan Raja Pemerintah dan institusi istana.
“Keputusan ini saya lakukan atas rasa tanggungjawab dan sifat taat setia seorang rakyat kepada Sultannya demi melindungi darjat kemuliaan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak tidak dicacatkan, begitu juga untuk mengelak institusi istana daripada dicemari,” ujarnya.
Baru-baru ini tular di media sosial, video berdurasi 3 minit 24 saat memaparkan visual dari sudut tepi imej seorang lelaki yang dikatakan tokoh agama dan penasihat sultan sedang berhibur di sebuah kelab malam.
Afifi telah dimasyhurkan sebagai Orang Kaya Delapan Perak yang membawa gelaran Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan pada 5 November 2018.
BERITA BERKAITAN
Dr Afifi ulama Melayu pertama di Oxford, fatwa jadi rujukan dunia
Isu video tular mirip penasihat agama Majlis Raja-Raja: "Saya ada tonton video itu, tapi ..." - MB Perak
Abd Razak Mohd Ali
Sun May 15 2022
AFIFI: Keputusan ini saya lakukan atas rasa tanggungjawab dan sifat taat setia seorang rakyat kepada Sultannya demi melindungi darjat kemuliaan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak tidak dicacatkan. -Gambar fail/Bernama
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Pengunduran Afifi Al-Akiti langkah bertanggungjawab - MB Perak
Keputusan yang dibuat demi menjaga darjat kemuliaan Raja Pemerintah dan institusi istana.
Sultan Perak perkenan Dr Afifi Al-Akiti undur diri sebagai penasihat agama
Afifi berkata, beliau mengutus surat itu kerana insaf jika ia berlarutan dan tidak dibendung, akan menjejaskan darjat kemuliaan Raja Pemerintah dan institusi istana.