ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 28 Mei 2022.
1. Malaysia, Jepun setuju hubungan dinaik taraf lebih komprehensif
Malaysia dan Jepun bersetuju supaya hubungan dua hala dinaikkan taraf ke peringkat yang lebih komprehensif, dan Dasar Pandang ke Timur (DPT) diteruskan dengan membina kerjasama baharu seperti dalam bidang tenaga, bandar pintar, alam sekitar dan perubahan iklim.
2. Konsep MN sukar diteruskan, namun UMNO-Pas boleh kerjasama dalam bentuk lain - Najib
Konsep kerjasama di antara UMNO dan Pas yang terbentuk menerusi Muakafat Nasional (MN) dilihat semakin sukar untuk diperjuangkan.
3. Zuraida masih menteri, boleh hadir mesyuarat Kabinet Rabu ini - Ismail Sabri
Kedudukan Datuk Zuraida Kamaruddin sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi masih kekal selagi tiada keputusan dibuat, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.
4. Agong, Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga Wan Junaidi
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar atas pemergian isterinya Datin Seri Feona Sim @ Norjanah semalam.
5. Cacar monyet: Pintu sempadan negara tidak akan ditutup - Dr Noor Azmi
KKM hanya akan meningkatkan tahap pengawasan di semua pintu masuk antarabangsa terutama di Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang.
6. Ringgit dijangka stabil, ekonomi negara terus kukuh - Tengku Zafrul
Kementerian Kewangan yakin bahawa prospek pertumbuhan ekonomi negara terus teguh dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2022 dijangka berkembang antara 5.3 hingga 6.3 peratus.
7. Trend 'kipas jadi makmum' solat, orang ramai diminta buat laporan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata perbuatan itu menjadi ikutan anak muda dan remaja sedangkan ia tidak sepatutnya berlaku.
8. KAME 2022 mohon maaf tidak dapat teruskan misi tawan puncak Everest
Misi Keluarga Malaysia Everest (KAME) 2022 memohon maaf kerana tidak dapat meneruskan pendakian ke puncak Gunung Everest atas faktor cuaca dan keselamatan.
9. Bahasa Melayu: G25 anggap tindakan punitif zalim, hipokrit
Tindakan punitif bagi memperkasakan bahasa Melayu dalam perkhidmatan awam dianggap sebagai pendekatan zalim dan bersifat hipokrit.
10. Isu halal: Jakim hantar pasukan audit ke Australia dengan segera
Jakim akan menghantar pasukan audit halal bagi melakukan pemeriksaan di semua loji sembelihan dan di 'Supreme Islamic Council of Halal Meat in Australia Inc' (SICHMA) di Australia, yang membekalkan daging ke Malaysia.
Astro Awani
Sat May 28 2022

Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 28 Mei 2022.

Banjir Baling: KPLB bina segera jambatan sementara di Kampung Iboi
Mahdzir berkata tindakan itu penting untuk memudahkan penduduk kampung untuk berulang alik ke sekolah dan masjid berdekatan.

Kerajaan pastikan harga barangan keperluan tidak bebankan rakyat - PM
Kerajaan akan memastikan kenaikan harga barangan keperluan asas di pasaran dunia akibat gangguan rantaian bekalan yang disebabkan konflik geopolitik dan perubahan iklim tidak membebankan rakyat.

Bekas Timbalan Presiden MIC, S Subramaniam meninggal dunia
Perkhabaran duka itu disahkan sendiri anak lelakinya, S. Sunther pada Selasa.

Ismail Sabri kunjungi Lapangan Terbang Istanbul Sabiha Gokcen
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengunjungi lapangan terbang Istanbul Sabiha Gokcen International Airport (ISGIA) di Turkiye.

7 terkorban, 13 lagi masih hilang dalam runtuhan salji di Itali
Angka kematian akibat runtuhan salji di utara Itali telah meningkat kepada tujuh orang setakat ini, lapor Xinhua.

Lagi insiden pesawat SpiceJet mendarat cemas, kali ini di Pakistan
Sebuah pesawat penumpang India yang dalam perjalanan dari New Delhi ke Dubai melakukan pendaratan cemas di bandar pelabuhan Karachi pada Selasa akibat masalah teknikal.

KPDNHEP selaras tindakan dengan agensi penguatkuasaan atasi ketirisan minyak masak ke Thailand
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bersama semua agensi penguatkuasaan akan menyelaraskan tindakan bagi membendung ketirisan minyak masak.
![AWANI 7:45 [05/07/2022] - Apa sudah jadi masyarakat kita? | Tolak permohonan injunksi interim | Akui kekalahan AWANI 7:45 [05/07/2022] - Apa sudah jadi masyarakat kita? | Tolak permohonan injunksi interim | Akui kekalahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1976661/thumbnails/4194788161657027627957_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [05/07/2022] - Apa sudah jadi masyarakat kita? | Tolak permohonan injunksi interim | Akui kekalahan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Essan Yahya; 1.Semalam suami kelar isteri, anak, hari ini anak tikam leher ibu kandung. 2. Mahkamah Tinggi tolak permohonan Ahmad Zahid, cuba halang penerbitan semula kenyataan Tun M 3. PM arah bantuan segera kepada semua mangsa banjir Baling

Banjir Baling: Kerajaan umum bantuan awal RM500,000 untuk mangsa - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bantuan awal kepada mangsa banjir di Baling, Kedah dengan peruntukan sebanyak RM500,000.

Agenda AWANI: 50 Tahun | CGC pacu pembangunan PMKS
CGC mengeluarkan lebih 515,000 jaminan kredit berjumlah RM88.7 billion kepada bank-bank di Malaysia yang telah meluluskan pembiayaan kepada lebih 360,000 PMKS sejak 50 tahun lalu. Bagaimana ia penting dalam memacu pertumbuhan PMKS negara ini? Ikuti temu bual bersama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif CGC, Datuk Mohd Zamree Mohd Ishak dalam Agenda AWANI.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 3 Julai 2022.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 2 Julai 2022.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 29 Jun 2022.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 28 Jun 2022.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 27 Jun 2022.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 24 Jun 2022.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 23 Jun 2022.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 22 Jun 2022.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 19 Jun 2022.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 18 Jun 2022.