Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

51648024507_TBBERITAx.jpg
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 5 Jun 2022.

1. Wanita hamil mangsa tembakan merupakan ibu tunggal tiga anak

Wanita hamil tujuh bulan, Farrah Emirah Mazlan, 26, yang maut ditembak di perut pada Sabtu merupakan ibu tunggal tiga anak berusia tiga hingga 10 tahun.


2. Lelaki dihanyutkan arus deras Sungai Perak ditemukan lemas

Seorang lelaki yang dikhuatiri dihanyutkan arus deras semasa menjalankan aktiviti menjala ikan di Sungai Perak ditemukan lemas kira-kira 2 kilometer dari kawasan ‘staging’ pasukan penyelamat, pagi tadi.


3. Anak kerat ibu: Suspek mungkin ada masalah mental - Polis

Suspek yang disyaki membunuh dan memotong mayat ibu kandungnya sendiri kepada 15 bahagian dipercayai mengalami masalah mental.


4. Pelaksanaan semula GST masih dalam peringkat kajian - Perdana Menteri

Beliau tahu ramai terkejut apabila beliau sebelum ini mengeluarkan kenyataan kerajaan tidak menolak kemungkinan GST dikembalikan.


5. Mayat wanita terbakar: Teman lelaki mangsa direman seminggu

Lelaki berusia 20 tahun itu juga pernah datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar, Rabu lalu untuk tujuan soal siasat.


6. Wanita ditahan susulan bayi lapan bulan patah tulang lengan

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, kejadian disedari ibu bayi terbabit selepas menjemput anaknya di pusat asuhan itu pada jam 5 petang Khamis lalu.


7. Cemburu disyaki antara motif wanita hamil maut ditembak di Pasir Mas

Polis tidak menolak kemungkinan cemburu antara motif wanita hamil tujuh bulan yang mati ditembak di perut dalam kejadian di Kampung Repek, Pasir Mas petang semalam.


8. Rancang guna mikrofon Allahyarham Sarah, Misha Omar batalkan sebab takut...

 
Persembahan Misha Omar menerusi segmen Tribute buat Allahyarham Siti Sarah dalam anugerah MeleTOP 2021 masih lagi diperkatakan.


9. Muhyiddin nafi beritahu dapat sokongan majoriti Ahli Parlimen untuk jadi PM semula

Muhyiddin bagaimanapun mengesahkan bertemu beberapa pemimpin parti politik selain Barisan Nasional (BN).


10. Macam malam raya, 5.6 juta kenderaan banjiri lebuh raya sempena cuti sekolah

Sebanyak 5.6 juta kenderaan membanjiri lebuh raya seluruh negara menyebabkan aliran trafik sesak di beberapa laluan utama sejak Jumaat.






Advertisement

Must Watch Video