awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat wanita terbakar: Teman lelaki mangsa direman seminggu

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
05/06/2022
03:57 MYT
Mayat wanita terbakar: Teman lelaki mangsa direman seminggu
Menurut Mior Faridalathrash lelaki berusia 20 tahun itu ditahan pada Sabtu kerana kenyataan yang diberikannya sebelum ini agak mengelirukan. - Gambar fail
TAMBUN: Teman lelaki wanita yang ditemukan dalam keadaan terbakar di tepi Sungai Kuala Kangsar, Kampung Talang Hulu, Kuala Kangsar pada Selasa lalu, direman tujuh hari sehingga 10 Jun depan untuk membantu siasatan. 
 
Lelaki berusia 20 tahun itu juga pernah datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar, Rabu lalu untuk tujuan soal siasat. 
 Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, lelaki berusia 20 tahun itu ditahan pada Sabtu kerana kenyataan yang diberikannya sebelum ini agak mengelirukan. 


"Kita telah tahan seorang suspek, seorang lelaki India berusia 20 tahun dan reman telah dibenarkan oleh Mahkamah Majistret Kuala Kangsar selama tujuh hari.
"Bila kita panggil itu hari, kenyataan yang dia bagi tu agak mengelirukan. Maka masih lagi dalam siasatan. Kita perlu buat siasatan lanjut sebab itu kita tahan teman lelaki kepada mangsa dalam kes ini," katanya.
BACA: Mayat wanita terbakar, batu konkrit dengan kesan darah ditemui 
 
Beliau ditemui selepas majlis merasmikan Malaysia Sports League Daerah Kinta 2022 di X Park Sunway City, di sini, pada Ahad. 
 
Pada Sabtu, bedah siasat ke atas mayat wanita itu mendapati punca kematiannya adalah akibat hentakan di kepala dengan kesan melecur yang teruk. 
 
Pada Selasa, polis menerima laporan berhubung penemuan mayat seorang wanita tanpa identiti dalam keadaan terbakar di tepi Sungai Kuala Kangsar, Kampung Talang Hulu. 
 
Hasil pemeriksaan awal mendapati mangsa telah mati dibunuh dan dibakar di lokasi sama. 
 
Polis turut menjumpai seketul batu konkrit dengan kesan darah berhampiran mayat, yang dipercaya senjata digunakan untuk mencederakan kepala si mati.
Topic Berkaitan
#mayat dibakar
#teman lelaki
#Mior Faridalathrash Wahid
#Kuala Kangsar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan