ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 9 Jun 2022.

1. Sultan Selangor titah menteri hadir Festival Bon Odori, fahami beza agama, budaya

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan Datuk Idris Ahmad untuk hadir ke program Bon Odori supaya dapat memahami perbezaan di antara agama dan budaya.

2. Rasuah VLN: Ahmad Zahid mengaku tidak bersalah satu pertuduhan pindaan

Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi hari ini atas satu tuduhan pindaan rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara 

3. Bekalan pasport mencukupi, kesesakan ekoran peningkatan permohonan mendadak - KP Imigresen

Kesesakan yang dilaporkan berlaku di pejabat Imigresen terutama di kawasan Lembah Klang bukan disebabkan kekurangan bekalan pasport tetapi ekoran peningkatan mendadak permohonan dan memperbaharui Pasport Malaysia Antarabangsa.

4. KKM, pakar kaji sakit dideritai Kazim Elias

Pendakwah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias memaklumkan beberapa pihak termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia dan universiti tempatan telah tampil untuk membantu mengkaji dan mengenal pasti penyakit misteri yang dideritainya kini.

5. PBM umum Zuraida sebagai bakal Presiden

Parti Bangsa Malaysia (PBM) memutuskan untuk mengangkat Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin sebagai bakal Presiden (president-designate) parti itu.

6. TMJ umum berundur dari JDT, serah urusan kepada pengurusan kelab

Arena bola sepak negara pada Khamis digemparkan dengan kenyataan terbaharu daripada pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Takzim (JDT).

7. Kes HFMD dijangka menurun dalam dua hingga tiga minggu lagi - Khairy

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan gelombang kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) akan menurun dalam jangka masa dua hingga tiga minggu lagi.

8. Mayat bayi ditemui dalam bagasi di tepi laut

Mayat bayi perempuan ditemui di dalam sebuah bagasi yang terapung di tepi laut berhampiran jeti Tanjung Batu Logpond di Tawau pada Rabu.

9. Dua sekolah Malaysia dalam senarai 10 teratas Anugerah Sekolah Terbaik Dunia

Dua Sekolah Amanah Malaysia disenarai pendek sebagai 10 teratas bagi Anugerah Sekolah Terbaik Dunia.

10. Malaysia kesan dua sub varian Omicron - Khairy

Malaysia telah mengesan dua kes BA.5 dan satu BA.2.12.1, yang merupakan sub varian Omicron.