Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

51648024507_TBBERITAx.jpg
51648024507_TBBERITAx.jpg
Advertisement
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 14 Jun 2022.

1. Tun Arshad Ayub meninggal dunia

Tokoh pendidikan negara, Tun Arshad Ayub meninggal dunia jam 2.06 pagi Selasa.

2. Agong mahu IPT terap elemen jujur, amanah, berintegriti dalam kalangan mahasiswa

Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru kepada semua institusi pengajian tinggi agar menerapkan elemen kejujuran, amanah dan integriti dalam setiap jiwa mahasiswa.

3. Rasuah berleluasa: Pemimpin PH gesa segerakan Akta Dana Politik

Pimpinan Tertinggi Pakatan Harapan (PH) menggesa kerajaan melaksanakan reformasi dan tindakan segera bagi memerangi gejala rasuah di negara ini.

4. Satu hari nanti, akan tiada lagi hukuman mati di negara ini - Wan Junaidi

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar percaya bahawa suatu hari nanti hukuman mati akan tidak lagi diamalkan di negara ini.

5. Pelawak Hamid Gurkha meninggal dunia

Pelakon komedi Hamid Gurkha, 90, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang akibat penyakit tibi dan beberapa komplikasi lain, pada jam 2.19 petang ini. 

6. Ahmad Faizal sekali lagi mohon maaf

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sekali lagi memohon maaf susulan kenyataannya berhubung sorakan pemain ke-12 skuad Harimau Malaya yang dikatakan menjadi punca kekalahan Malaysia di tangan Bahrain pada aksi Kelayakan Piala Asia 2023, Sabtu lepas.

7. Arul Kanda 'dengan senang hati bersetuju' beri keterangan - Peguam

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy "dengan senang hati" akan memberi keterangan mengenai bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam perbicaraan kes pindaan laporan audit 1MDB, kata peguam Arul Kanda, Datuk N.Sivananthan.

8. Lelaki kerat ibu kandung 15 bahagian didakwa membunuh

Seorang lelaki yang ditahan kerana membunuh ibu kandung sendiri dengan mengerat kepada 15 bahagian dihadapkan ke Mahkamah Majistret Parit Buntar pada Selasa atas pertuduhan membunuh bulan lalu.

9. 'Saya hanya tahu akaun milik Najib selepas siasatan 1MDB bermula' - Saksi

Seorang pengurus kanan jabatan sebuah bank memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau hanya mengetahui akaun persendirian dengan kod nama AmPrivate Banking-MR adalah milik bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika siasatan mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bermula.

10. Malaysia benam Bangladesh, sah layak ke Piala Asia 2023

Malaysia menamatkan kemarau 42 tahun gagal layak secara merit ke Piala Asia selepas menumpaskan Bangladesh dengan keputusan empat gol berbalas satu.



Must Watch Video

Advertisement