awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi, Turkiye sepakat tingkatkan kerjasama pertahanan melalui platform pelbagai hala
MEF sokong pengambilan terus pekerja asing, kurangkan kos dan eksploitasi
KKR laksana 99 projek baik pulih cerun libat kos RM77.3 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rasuah berleluasa: Pemimpin PH gesa segerakan Akta Dana Politik

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
14/06/2022
02:30 MYT
Rasuah berleluasa: Pemimpin PH gesa segerakan Akta Dana Politik
Pimpinan Tertinggi PH menggesa kerajaan melaksanakan reformasi dan tindakan segera dalam memerangi gejala rasuah di negara ini.
KUALA LUMPUR: Pimpinan Tertinggi Pakatan Harapan (PH) menggesa kerajaan melaksanakan reformasi dan tindakan segera bagi memerangi gejala rasuah di negara ini.
Majlis Presiden PH dalam kenyataannya hari ini berkata ia termasuk Rang Undang-Undang Pendanaan Politik serta meletakkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di bawah bidang kuasa Parlimen.
Katanya, Majlis Presiden PH menimbulkan rasa risau serta marah apabila meneliti berita kejadian-kejadian rasuah yang semakin menjadi-jadi.
Kenyataan itu menyebut mengenai kes keterangan mahkamah Tan Sri Mohd Sidek Hassan, mantan Ketua Setiausaha Negara merangkap ahli lembaga penasihat 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
"Berdasarkan laporan media, beliau menerima bayaran sehingga sebanyak RM30,000 sebulan walaupun tiada sebarang mesyuarat lembaga penasihat 1MDB diadakan dan ini menimbulkan pelbagai tanda tanya kerana pada ketika beliau menerima bayaran-bayaran berkait 1MDB ini beliau masih memegang jawatan Ketua Setiausaha Negara.
"Dalam kes berhubung Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) pula, seorang bekas pengarah UKSB berkata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (Presiden UMNO) telah menerima di antara SGD200,000 hingga SGD520,000 sebulan.
"Bekas pengarah itu juga berkata Khairy Jamaluddin (Menteri Kesihatan melalui UMNO Bahagian Rembau telah menerima di antara RM50,000 hingga RM200,000," katanya.
Mengulas lanjut, Majlis Presiden PH menyatakan kedua-dua kes tersebut amat merisaukan kerana bukan melibatkan tokoh-tokoh politik besar tetapi juga tokoh utama perkhidmatan awam.
Kenyataan Majlis Presiden PH berkenaan dikeluarkan secara bersama oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook dan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Seri Madius Tangau.
Topic Berkaitan
#SPRM
#Rang Undang-Undang Pendanaan Politik
#majlis presiden PH
#Mohd Sidek Hassan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan