Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Jun 17, 2022 15:59 MYT
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 17 Jun 2022.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 17 Jun 2022.
1. Bella hadir prosiding pengecaman di mahkamah hari ini
Bella dipanggil oleh pihak pendakwaan untuk melakukan sesi pengecaman terhadap beberapa saksi kes berkenaan, selain pengecaman saksi ke atas Bella.
2. Kekal bersama parti: Idealisme, prinsip PPBM adalah jati diri saya - Azmin Ali
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan idealisme dan prinsip perjuangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) adalah jati dirinya.
3. Perhimpunan PBB: Uggah ganti Abang Johari rasmi sayap Wanita, Pemuda
Timbalan Presiden I Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar Douglas Uggah Embas hari ini merasmikan Perhimpunan Agung PBB bagi sayap Wanita dan Pemuda.
4. Siti Bainun menangis lihat kelibat Bella di mahkamah
Mereka dipanggil pihak pendakwaan untuk melakukan pengecaman ke atas saksi-saksi hari ini.
5. Kes rasuah Zahid: Muhyiddin ada terima dana politik RM1.3 juta dari UKSB
Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Jumaat diberitahu, bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menerima sumbangan dana politik berjumlah RM1.3 juta yang diperoleh daripada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) pada 2018.
6. Paderi hadapi 17 pertuduhan rogol, cabul kanak-kanak
Tertuduh, Kok Chaw Fatt, 64, bagaimanapun mengaku tidak bersalah.
7. Ratusan peguam berhimpun, serah memorandum tuntut badan kehakiman bebas
Ratusan peguam berhimpun menyertai perhimpunan aman ‘Walk For Judicial Independence’ (Perhimpunan Untuk Kebebasan Badan Kehakiman) anjuran Badan Peguam Malaysia pada Jumaat.
8. 147 undang-undang lapuk akan dikaji dan diteliti - PM Ismail Sabri
Perdana Menteri berkata beliau telah mengarahkan Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri untuk melaksanakan langkah berkenaan.
9. Harga sekilogram ayam dijangka cecah lebih RM10 - FLFAM
Harga baharu ayam segar selepas berakhirnya skim harga maksimum runcit ayam pada 30 Jun ini, perlu melebihi RM10 sekilogram bagi mendapatkan situasi ‘menang-menang’ antara pemain industri rantaian makanan itu serta pengguna.
10. RUU Antilompat Parti di peringkat akhir, bakal dibentang hujung Julai - PM
Rang Undang-Undang Antilompat Parti kini telah berada di peringkat akhir, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
#berita tempatan pilihan #berita Malaysia #Berita AWANI #Berita Harian