Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Jun 18, 2022 15:59 MYT
Jun 18, 2022 15:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 18 Jun 2022.
Mufti mencadangkan agar Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) mengadakan satu mesyuarat bagi memperhalusi isu berhubung trend pengamal perubatan Islam secara dalam talian.
Penyanyi dan pelakon serba boleh, Adibah Noor meninggal dunia pada jam 7.45 malam Sabtu (18 Jun) di sebuah hospital swasta di ibu negara, akibat kanser ovari.
Susulan paras air di Empangan Bukit Merah di Semanggol, Perak yang berada di paras kritikal sejak beberapa hari lalu, satu operasi pembenihan awan dijadual dilakukan hari ini.
Sejak akhir-akhir ini kita selalu mendengar suara-suara yang mengatakan bahawa politik dan para politikus hari ini meloyakan, memual dan membosankan. Rakyat sudah bosan dengan politik.
Operasi Pembenihan Awan menggunakan semburan garam tidak memberi kesan kepada penduduk di kawasan operasi, jelas Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) MetMalaysia, Lim Ze Hui.
Pusat Pemasaran Agromakanan FAMA di Manong yang dibangunkan di sini merupakan salah satu usaha untuk menjadikan negeri Perak sebagai hab bekalan makanan terbesar.
Dugaan semakin berat apabila anak keempat mereka, Muhammad Hiqbal, 19, pula hilang keupayaan fizikal apabila kedua-dua belah kakinya tidak boleh bergerak akibat kemalangan motosikal pada 2020.
Hujan lebat berterusan sejak jam 2.30 petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di sekitar Ipoh mengalami banjir kilat.
Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia tidak dapat mengesahkan kemaraan ke peringkat final selepas ditewaskan pemain nombor satu dunia dari Denmark, Viktor Axelsen dalam aksi separuh akhir kejohanan badminton Terbuka Indonesia 2022 di Jakarta sebentar tadi.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan membuka kertas siasatan terhadap individu yang telah menerima dana politik seperti yang didakwa saksi perbicaraan kes rasuah membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.