awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
Imigresen selamatkan pembantu rumah warga Indonesia jadi mangsa eksploitasi
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hujan lebat cetus banjir kilat di beberapa kawasan di Ipoh

Aida Aziz
Aida Aziz
18/06/2022
10:23 MYT
Hujan lebat cetus banjir kilat di beberapa kawasan di Ipoh
Hujan lebat berterusan sejak jam 2.30 petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di sekitar Ipoh mengalami banjir kilat. - Foto ihsan JBPM Perak
IPOH: Hujan lebat berterusan sejak jam 2.30 petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di sekitar Ipoh mengalami banjir kilat.
Antara kawasan yang dilaporkan terjejas seperti di sekitar Aeon Kinta City, Taman Cempaka dan Taman Canning.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak dalam kenyataan hari ini berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut kira-kira jam 4 petang.
"Anggota bomba terima maklumat mengenai banjir kilat di sekitar Aeon Kinta City pada jam 4.08 petang.
"Pihak kami mendapati air telah surut sepenuhnya di lokasi tersebut dan hanya membabitkan sebuah kenderaan yang terperangkap di dalam kawasan banjir kilat.
Hujan lebat menyebabkan beberapa kawasan di sekitar Ipoh mengalami banjir kilat. - Foto ihsan bomba
Hujan lebat menyebabkan beberapa kawasan di sekitar Ipoh mengalami banjir kilat. - Foto ihsan bomba
"Bagaimanapun tiada mangsa terlibat," katanya pada Sabtu.
Sementara itu di Taman Canning pula, anggota bomba menerima panggilan pada jam 4.30 petang.
Menurut kenyataan itu, tinjauan mendapati banjir telah surut sepenuhnya dan tiada mangsa yang terbabit.
Dalam pada itu, banjir kilat di Taman Cempaka pula menyebabkan beberapa buah rumah dinaiki air.
"Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai bergegas ke lokasi dan mendapati air berada pada paras 4 kaki," katanya lagi.
Beliau berkata air sudah beransur surut berikutan hujan telah berhenti dan tiada mangsa dipindahkan.
Bagaimanapun katanya, operasi pemantauan akan dilakukan dari masa ke semasa.
Topic Berkaitan
#hujan lebat
#banjir kilat
#Ipoh
#Aeon Kinta City
#Taman Cempaka
#Taman Canning
#JBPM Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan