awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan komited perkukuh tadbir urus pendigitalan negara - Gobind
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, dipacu data positif IPP Disember
KPM, KPT teliti aspek teknikal pelaksanaan wajib Bahasa Melayu, Sejarah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembenihan awan guna semburan garam tidak beri kesan kepada penduduk - MetMalaysia

Fareez Azman
Fareez Azman
18/06/2022
06:51 MYT
Pembenihan awan guna semburan garam tidak beri kesan kepada penduduk -  MetMalaysia
Operasi itu melibatkan MAFI dengan kerjasama NADMA, TUDM dan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menggunakan aset TUDM pesawat C-130 Hercules. - Astro AWANI
SUBANG: Operasi Pembenihan Awan menggunakan semburan garam tidak memberi kesan kepada penduduk di kawasan operasi.
Demikian jelas Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) MetMalaysia, Lim Ze Hui, mengulas mengenai kebimbangan sesetengah pihak berhubung kaedah pembenihan awan dijalankan.
"Dari segi kesannya, memang tiada. Ia hanya merupakan garam biasa kita guna dan amaun yang kita sembur di awan terlalu kecil.
"Kalau ibarat air dalam tempayan contoh, ia hanya setitik dua titik sahaja kita sembur ke dalam awan berbanding air dalam awan tersebut.
"Ia tidak memberi apa-apa kesan, sebab ramai risau kata kita sembur garam di atas ada kesan. Keadaan ini memang digunakan di serata dunia, salah satu kaedah gunakan garam biasa," jelasnya.
[TERKINI] 4,800 liter larutan garam akan disembur dalam Operasi Pembenihan Awan di sekitar Kerian, Perak sebentar lagi. Ia berikutan paras air Empangan Bukit Merah berada tahap kritikal. Penerbangan guna pesawat C130 Hercules milik TUDM. @501Awani #AWANInews pic.twitter.com/QWLFQqjFg2
— Fareez Azman (@FareezAzmann) June 18, 2022
Mengulas mengenai Operasi Pembenihan Awan di sekitar kawasan Empangan Bukit Merah di Semanggol, Perak yang dijalankan pada Sabtu dan Ahad, ujar Ze Hui, beliau mengharapkan kuantiti hujan di kawasan itu meningkat dalam masa terdekat.
"Kita harap dalam dua hari ini paras air di empangan bertambah baik. Dengan usaha ini, kita harap keadaan hujan akan bertambah dan seterusnya empangan tersebut paras air pun kembali pulih, agar bekalan air untuk pertanian ada.
"Lazimnya kita tengok pada paras awan (untuk proses pembenihan), sekitar 7,000 hingga 8,000 kaki dari paras laut. Kalau awan yang ideal untuk kita sembur, selalunya awan berada pada sekitar 5,000 kaki," katanya lagi.
Beliau berkata demikian selepas ditemui media dalam majlis perlepasan Operasi Pembenihan Awan di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada Sabtu.
Operasi itu melibatkan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dengan kerjasama Majlis Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menggunakan aset TUDM pesawat C-130 Hercules.
Topic Berkaitan
#operasi pembenihan awan
#TUDM
#MetMalaysia
#semburan garam
#kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan