KUALA KANGSAR : Pusat Pemasaran Agromakanan FAMA di Manong yang dibangunkan di sini merupakan salah satu usaha untuk menjadikan negeri Perak sebagai hab bekalan makanan terbesar.
Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, pusat yang berfungsi sebagai model perniagaan dan rujukan pemasaran hasil pertanian berteknologi itu merupakan antara agenda yang diuar-uarkannya sebelum ini kepada umum.
"Kita datang ke sini dan lihat ada satu kelebihan iaitu Pertubuhan Fertigasi Manong, yang didukung oleh orang tempatan.
"Pertubuhan ini menjadi collector kepada hasil tanaman itu dan ia memberi galakan kepada orang kampung untuk bertanam dan hasilkan tanaman, seterusnya pasarkannya," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas program lawatan kerja Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee ke tapak Pasar Tani Kekal Kuala Kangsar dan Pusat Pemasaran Agromakanan FAMA Manong, di sini pada Sabtu.
Ujar Saarani, langkah dan usaha tersebut merupakan rangkaian penting bagi menjamin sekuriti bekalan makanan negara mencukupi.
"Inilah yang saya laungkan tiga empat minggu lalu. Yang kadang-kadang disindir oleh orang.
"Macam saya ni gila lah... macam-macam. Inilah bendanya, benda yang kita nak Perak menjadi pengeluar makanan terbesar.
"Bukan saja untuk kegunaan sendiri, saya sebutkan tanam apa yang kita nak makan, makan apa yang kita tanam dan lebihnya jual. Jadi inilah yang saya maksudkan," katanya lagi.
Pusat Pemasaran Agromakanan FAMA Manong ini mempunyai pelbagai fasiliti di bawah satu bumbung.
Ia meliputi pusat latihan, pusat jualan dan pemborongan, tapak pertanian, kafeteria dan medan penjaja, medan gerai buah-buahan segar, termasuk pertanian pintar (aquaponics & vertical farming) dan projek pertanian fertigasi.
BACA: MB Perak saran rakyat tanam sayur, ternak haiwan untuk kegunaan sendiri
BACA: Guna teknologi terkini, pastikan bekalan makanan negara terjamin - Ronald Kiandee
Melalui pembangunan pusat ini secara langsung dapat memberi peluang dan pendedahan kepada golongan belia mengenai teknologi terkini dalam sektor pertanian.
Sekali gus mengoptimumkan penggunaan tanah-tanah terbiar milik kerajaan.
Terdahulu pada program itu, Ronald Kiandee dan Saarani melawat tapak Projek Pasar Tani Kekal (PTK) Kuala Kangsar yang bakal memberikan manfaat kepada lebih 100 orang usahawan apabila siap sepenuhnya pada April 2023.
Transformasi pasar awam sebagai one stop centre atau pusat sehenti dengan pengurusan yang lebih sistematik ini akan menyediakan 116 lot baharu.
Ia terdiri daripada lapan lot runcit, lapan lot medan selera dan 100 lot terbuka yang dijangka akan meningkatkan pendapatan dan nilai jualan peserta sebanyak 30 peratus.
Selain PTK Kuala Kangsar, terdapat empat lagi lokasi PTK yang masih di dalam pembinaan iaitu di Kampung Gajah, Perak, FELDA Palong, Negeri Sembilan, Kuala Krai, Kelantan dan Seberang Jaya, Pulau Pinang.
Aida Aziz
Sat Jun 18 2022

Pusat Pemasaran Agromakanan FAMA Manong ini mempunyai pelbagai fasiliti di bawah satu bumbung. - Foto Astro AWANI/Aida Aziz

'Anda yang seterusnya': Gara-gara luah sokongan kepada Salman Rushdie, JK Rowling terima ugutan bunuh
Pemilik akaun Twitter yang mengeluarkan ugutan bunuh itu juga memuji Hadi Matar, lelaki dari New Jersey yang menikam Rusdhie.

Chee How perlu letak jawatan sebagai ADUN, bayar ganti rugi kepada PSB - Soon Koh
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang See Chee How perlu meletakkan jawatan sebagai ADUN Sarawak serta-merta, kata Datuk Seri Wong Soon Koh.

Isu LCS | Wanita BN kena faham, cubaan hasut rakyat - Najib
Datuk Seri Najib Razak menyeru agar wanita Barisan Nasional (BN) memahami isu-isu terkini termasuk berhubung perolehan kapal tempur pesisir (LCS) yang didakwa cuba dimainkan untuk menghasut rakyat. Bekas Perdana Menteri itu berkata, pihak pembangkang mahu menjadikan lcs sama seperti isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Dalam masa sama, Najib sekali lagi mendakwa Pakatan Harapan menjadi punca kepada kelewatan menyiapkan kapal tempur tersebut.

Konvensyen Wanita BN | Wanita BN tonggak parti, ibarat Arteri Aorta
Wanita Barisan Nasional (BN) digambarkan sebagai tonggak dan jentera ulung dalam menggerakkan parti tersebut. Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, peranan wanita BN boleh diibaratkan sebagai Arteri Aorta, iaitu pembuluh darah yang utama dalam badan manusia. Berucap pada Konvensyen dan Pelancaran Jentera Wanita BN, bekas Perdana Menteri itu menambah barisan wanita juga paling setia dalam perjuangan parti.

Agenda Johor Selamat mantapkan aspek keselamatan negeri - MB Johor
PDRM terus bekerjasama dengan ATM, agensi-agensi beruniform dan badan bukan kerajaan untuk meningkatkan lagi keselamatan negeri.

Korea Utara selar kenyataan Ketua PBB mengenai penghapusan senjata nuklear
Ketua PBB itu dianggap beri sokongan penuh ke atas penghapusan senjata nuklear yang lengkap, ditentusahkan dan tidak boleh dipulihkan semula (CVID).

Bantuan Lemas | Bomba peti keselamatan di 50 lokasi panas
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengenal pasti kira-kira 50 lokasi 'hot spot' berlakunya kejadian lemas untuk diletakkan Life Saving Appliances (LISA) di seluruh negara. Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata, lisa adalah satu inovasi yang dipasang di lokasi-lokasi hot spot yang dikenal pasti berisiko tinggi berlakunya kejadian lemas melebihi lima mangsa di tempat yang sama dalam tempoh tiga tahun.
![[TERKINI] Konvensyen dan Pelancaran Jentera Wanita Barisan Nasional [TERKINI] Konvensyen dan Pelancaran Jentera Wanita Barisan Nasional](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1982547/thumbnails/37622980911660456903211_640x360.jpg)
[TERKINI] Konvensyen dan Pelancaran Jentera Wanita Barisan Nasional
Ikuti Konvensyen dan Pelancaran Jentera Wanita Barisan Nasional dan ucapan oleh Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak
![[TERKINI] Bekas pengurus besar AKSB didakwa terima rasuah [TERKINI] Bekas pengurus besar AKSB didakwa terima rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1982548/thumbnails/37622981191660457355727_640x360.jpg)
[TERKINI] Bekas pengurus besar AKSB didakwa terima rasuah
Bekas Pengurus Besar Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu atas dakwaan menerima rasuah RM10,000 dari sebuah syarikat kontraktor pada tahun 2015.

Siasatan ditutup, tiada elemen jenayah sebabkan kematian Anne Heche
Nahas itu sebelum ini disiasat sebagai kemungkinan jenayah.

Hab bekalan makanan: "Inilah yang saya laungkan 3, 4 minggu lalu, yang disindir orang" - Saarani
Pusat Pemasaran Agromakanan FAMA di Manong merupakan salah satu usaha untuk menjadikan negeri Perak sebagai hab bekalan makanan terbesar.