ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 26 Jun 2022.

1. Kereta terjunam dalam sungai: Jasad tiga beranak ditemui berpelukan

Mayat tiga beranak ditemukan dalam keadaan menyayat hati berpelukan di bahagian tempat duduk belakang kereta yang terbabas dan terjunam ke dalam sungai di Jambatan Pantai Cicar, Kuala Ketil.


2. Polis terima satu lagi laporan berkaitan pengasas Dnars

Satu lagi laporan polis diterima membabitkan siasatan ke atas penukaran nama syarikat yang dikaitkan dengan pengasas produk kecantikan, Dnars Skincare, Allahyarham Faziani Rohban Ahmad.


3. Lelaki ditahan kes gaduh berebut lot parkir

Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan melibatkan satu kes pergaduhan akibat berebut lot parkir kereta di hadapan sebuah kedai di Damansara Utama di sini pada Sabtu.


4. Trend menurun kadar pengangguran tanda positif pemulihan ekonomi - PM

Kadar penggangguran di negara ini menunjukkan trend penurunan yang menjadi petanda positif pemulihan sektor ekonomi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.


5. Pengkhianat Pulau Batu Puteh wajar dikenakan tindakan undang-undang - Onn Hafiz

Kerajaan Johor mahu tindakan undang-undang diambil ke atas pengkhianat yang menyebabkan negara kehilangan hak dan kedaulatan terhadap Batu Puteh atau Pedra Branca.


6. Ibu dan anak rentung, dua lagi melecur dalam kebakaran di Seputeh

Mangsa seorang wanita yang berusia 62 tahun dan anak perempuannya yang berusia 31 tahun itu ditemukan meninggal dunia di dalam bilik berasingan di tingkat tiga.


7. Nilai ambang muflis perlu dinilai semula - PM

Nilai ambang hutang minimum bagi mengemukakan petisyen kebankrapan perlu dilihat dan dikaji semula.


8. Fahmi jangan hipokrit, pakaian dia pun mahal - Nazri

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil jangan hipokrit dengan hanya mengkritik pakaian orang lain sahaja, kata Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.


9. Jenazah tiga beranak lemas berpelukan selamat dikebumi dalam satu liang

Suasana bertukar pilu sebaik jenazah tiga beranak itu diturunkan ke dalam liang.


10. Elak ditangkap khalwat, duda maut jatuh tingkat empat pangsapuri

Tindakan seorang lelaki cuba melarikan diri selepas perbuatan berdua-duaan dengan isteri orang terbongkar, membawa padah apabila maut terjatuh dari tingkat empat sebuah pangsapuri di sini, hari ini.