Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Jun 26, 2022 15:59 MYT
Jun 26, 2022 15:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 26 Jun 2022.
Mayat tiga beranak ditemukan dalam keadaan menyayat hati berpelukan di bahagian tempat duduk belakang kereta yang terbabas dan terjunam ke dalam sungai di Jambatan Pantai Cicar, Kuala Ketil.
Satu lagi laporan polis diterima membabitkan siasatan ke atas penukaran nama syarikat yang dikaitkan dengan pengasas produk kecantikan, Dnars Skincare, Allahyarham Faziani Rohban Ahmad.
Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan melibatkan satu kes pergaduhan akibat berebut lot parkir kereta di hadapan sebuah kedai di Damansara Utama di sini pada Sabtu.
Kadar penggangguran di negara ini menunjukkan trend penurunan yang menjadi petanda positif pemulihan sektor ekonomi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Kerajaan Johor mahu tindakan undang-undang diambil ke atas pengkhianat yang menyebabkan negara kehilangan hak dan kedaulatan terhadap Batu Puteh atau Pedra Branca.
Mangsa seorang wanita yang berusia 62 tahun dan anak perempuannya yang berusia 31 tahun itu ditemukan meninggal dunia di dalam bilik berasingan di tingkat tiga.
Nilai ambang hutang minimum bagi mengemukakan petisyen kebankrapan perlu dilihat dan dikaji semula.
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil jangan hipokrit dengan hanya mengkritik pakaian orang lain sahaja, kata Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.
Suasana bertukar pilu sebaik jenazah tiga beranak itu diturunkan ke dalam liang.
Tindakan seorang lelaki cuba melarikan diri selepas perbuatan berdua-duaan dengan isteri orang terbongkar, membawa padah apabila maut terjatuh dari tingkat empat sebuah pangsapuri di sini, hari ini.