Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Julai 2, 2022 15:59 MYT
Julai 2, 2022 15:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 2 Julai 2022.
Semua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) perlu melantik wakil Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) sebagai Ahli Lembaga Pengarah dalam usaha menambah nilai kepada ketelusan.
Kerajaan bersetuju menyediakan geran tahunan RM4 juta kepada Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) untuk melaksanakan program-program kesedaran dan latihan yang signifikan.
Malaysia melihat tiga perkara penting hasil penyertaan negara pada World Urban Forum ke-11 (WUF11) atau Forum Bandar Dunia ke-11, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan wujud dua kem dalam UMNO, sebaliknya, beliau menegaskan, parti keramat Melayu itu hanya dipimpin oleh satu kem.
UMNO dan Barisan Nasional (BN) mempunyai dasar yang jelas untuk menyokong Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kata Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei berharap penyerahan raket miliknya kepada pemain sedang meningkat, Ng Tze Yong membawa 'ong' (tuah) kepada pemain muda itu.
Tanggal 2 Julai 2022 menjadi tarikh bermakna buat pelawak Danial Zaini, 29, selepas sah menjadi suami kepada pilihan hatinya Yasmine Umira Yahya, pada pagi Sabtu.
Kerajaan Selangor masih dalam peringkat penelitian dan perbincangan termasuk pilihan merobohkan Stadium Shah Alam sebagai langkah penjimatan jangka masa panjang.
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, untuk mengutarakan beberapa perkara penting termasuk jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Cabaran pasukan tuan rumah di saingan Petronas Terbuka Malaysia berakhir pada malam ini, selepas beregu lelaki nombor satu negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik terkandas di pusingan separuh akhir.