PENAMPANG: UMNO dan Barisan Nasional (BN) mempunyai dasar yang jelas untuk menyokong Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kata Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Justeru, Timbalan Presiden UMNO itu berkata, cakap-cakap segelintir individu yang bertentangan dengan dasar itu tidak sepatutnya dijadikan sebagai pandangan parti UMNO mahupun BN.
Beliau juga menegaskan, tiada pihak dalam UMNO dan BN yang menyerang kepimpinan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri, malah parti memberikan sokongan kepada Ismail Sabri dengan penuh ikhlas.
"Kita memperakui baru-baru ini Perdana Menteri (Ismail Sabri) merupakan calon 'poster boy' (Perdana Menteri) kita menghadapi pilihan raya (PRU15), ini jelas menunjukkan keikhlasan parti untuk kita pastikan ketenangan dalam parti itu dapat kita capai sebelum kita hadapi pilihan raya.
"Tetapi cakap-cakap satu, dua orang itu tidak boleh dijadikan sebagai dasar parti ya, dasar parti jelas memperakukan 'poster boy' kita adalah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob," katanya pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen BN Sabah di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas ucapan Ismail Sabri pada Majlis Makan Malam Ahli Dewan Tertinggi BN Bersama Kepimpinan BN Sabah malam tadi yang menekankan perpaduan dalam parti selain mengingatkan bahawa beliau Perdana Menteri daripada BN justeru tindakan menyerangnya bermakna melemahkan kepimpinan BN.
Mohamad berkata, apa yang penting dalam UMNO dan BN adalah memupuk perpaduan dan kesepakatan dalam parti itu yang perlu serta amat penting ketika parti menghadapi PRU15.
"Lagipun kita memang menjadikan kestabilan itu sebagai kita (BN) punya tagline iaitu kestabilan demi kemakmuran," katanya. - BERNAMA
Bernama
Sat Jul 02 2022

UMNO dan Barisan Nasional (BN) mempunyai dasar yang jelas untuk menyokong Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15, kata Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan. - Gambar BERNAMA

RM40 juta kos selenggara di Cameron Highlands - TNB
Kos tersebut antara yang tertinggi berbanding negeri lain ekoran masalah bahan buangan di kawasan itu adalah yang paling teruk.

KDNK | Pertumbuhan KDNK suku kedua Malaysia 8.9 peratus
Dr Afzanizam Rashid, Ketua Jabatan Ekonomi dan Penyelidikan KWSP

Pergaduhan Kartel | 11 maut termasuk orang awam
Seramai 11 orang maut, termasuk orang awam dalam kejadian rusuhan kartel yang bermula di dalam penjara sebelum merebak ke jalan-jalan di Ciudad Juarez, Mexico City pada Jumaat. Menurut Timbalan Setiausaha Keselamatan Kerajaan, Ricardo Mejia Berdeja, keganasan tercetus di dalam penjara negeri apabila ahli kartel dadah Mexicles menyerang ahli Chapos pada tengahari.

Ribut | Peruntukan RM1 juta baiki kerosakan rumah
Seramai 93 mangsa daripada 22 keluarga insiden ribut di rumah pangsa ros merah di Taman Johor Jaya di pindahkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Serbaguna Taman Johor Jaya, Dalam masa sama, kerajaan Johor akan berusaha mendapatkan bantuan membaik pulih segera yang dianggarkan melibatkan kos RM1 juta.

Sarawak perlu lebih ramai jurutera kimia - Abang Johari
Kepakaran dalam bidang itu amat diperlukan di Sarawak dengan adanya dua cadangan pelaburan petrokimia di Bintulu.

Dari pondok kayu ke Rumah Rakyat Pahang
Mohd Sabree melahirkan rasa syukur menerima rumah baharu secara percuma yang diberikan Kerajaan Pahang di Kampung Temai Hilir.

Gempa bumi sederhana melanda Selatan Sumba, Indonesia
Gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

Sukan Perpaduan Islam: Irfan Shamsuddin dibatasi kecederaan
Dia melakar catatan 59.37m menerusi balingan pertamanya dan hanya menyempurnakan dua lontaran daripada baki aksi.

Karachi, bandar paling tidak sesuai didiami di dunia
Ia diburukkan lagi dengan isu kebersihan apabila sampah dan sisa makanan dibuang di tepi jalan, mengundang ketidakselesaan.

3,942 kes baharu COVID-19, empat kematian
Pengurangan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 4.69 juta sejak pandemik melanda negara.

Malaysia sokong, bekerjasama dalam program UN-Habitat - PM
Kerajaan yakin UN-Habitat akan terus cemerlang di bawah kepemimpinan Maimunah bagi menjayakan aktiviti dan program berkaitan SDG.

Malaysia sambut baik potensi kerjasama dengan Qatar - PM
Malaysia menyambut baik potensi kerjasama dengan Qatar dalam pelbagai bidang seperti bahagian tenaga, minyak dan gas serta sektor perumahan dan pembangunan infrastruktur.

KDNK 8.9 peratus, pengangguran 3.8 peratus bukti dakwaan ekonomi Malaysia tenat adalah tersasar
Prestasi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara yang meningkat dan kadar pengangguran menurun seperti diumumkan pada Jumaat menunjukkan dakwaan ekonomi Malaysia dalam keadaan tenat adalah tersasar.

Dasar Pandang ke Timur: PM gesa Malaysia-Jepun teroka kerjasama bidang baharu ESG
Malaysia-Jepun juga disarankan meneroka kerjasama bagi menangani isu berkaitan rantaian bekalan melalui platform DPT.

PM terima 'Golden Mongkol Award' pada majlis perasmian Kejohanan Muay Thai Remaja Dunia
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menerima "Golden Mongkol Award" pada majlis perasmian Kejohanan Muay Thai Remaja Dunia 2022, hari ini.

Jemaah Menteri mahu laporan audit forensik LCS dinyahklasifikasi - PM
Jemaah Menteri hari ini menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyegerakan siasatan berhubung isu Kapal Tempur Pesisir (LCS).

Larangan bertukar parti: PM akan maklum kerajaan negeri pinda perlembagaan negeri - Wan Junaidi
Ia selaras dengan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) mengenai peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti.

Akta Antilompat Parti: PM yakin dapat sokongan penuh Dewan Negara
Berdasarkan perbahasan yang beliau dengar di Dewan Negara, mereka telah menyatakan sokongan untuk pelaksanaannya.

Akta Antilompat Parti tidak terpakai kepada Ahli Dewan Negara - PM Ismail Sabri
PM Ismail Sabri berkata, buat masa ini hanya sokongan Ahli Dewan Rakyat parti politik atau gabungan parti politik yang mempunyai implikasi.

PM buat laporan polis akaun Telegram, Signal digodam
Akaun itu dipercayai digunakan bagi aktiviti jenayah penipuan.