Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

berita tempatan
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 21 Mac 2026.

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 21 Mac 2026.

  1. Sebarang anasir ancam perpaduan mesti dibanteras tanpa kompromi - Agong

    Seri Paduka Baginda bertitah mengingatkan rakyat Malaysia agar jangan melupakan lima prinsip Rukun Negara yang juga menyatakan prinsip “Kesopanan dan Kesusilaan”.

  2. Tapak pelupusan sampah Pulau Burung terbakar lagi

    Kebakaran melibatkan sampah di tapak pelupusan dengan anggaran keluasan 10,000 kaki persegi atau 0.093 hektar.

  3. Umat Islam sambut Syawal dengan solat sunat Aidilfitri di seluruh negara

    Cuaca baik dimanfaatkan sepenuhnya dengan mereka mula memenuhi masjid dan surau seawal 7 pagi untuk bertakbir sebelum menunaikan solat sunat itu serta mendengar khutbah raya.

  4. Prasarana kemuka pelan pemulihan LRT Kelana Jaya kepada Kementerian Pengangkutan

    Pelan tersebut, yang merangkumi aspek teknikal operasi serta pengalaman keseluruhan pelanggan, telah dibentangkan dalam satu mesyuarat pasca-Kabinet baru-baru ini.

  5. Padang Terap catat Tahap 2 gelombang haba - MetMalaysia

    Daerah Padang Terap di Kedah kini berada pada Tahap 2 (Gelombang Haba) setakat 4 petang hari ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.

  6. JPJ nafi kenderaan jabatan punca kemalangan

    JPJ Kelantan menafikan dakwaan kenderaan jabatan sebagai punca kemalangan di KM 85.5 Jalan Kota Bharu-Machang-Jeli (Kampung Rahmat, Bukit Bunga), Tanah Merah, seperti yang tular.

  7. Hari Hutan Antarabangsa 2026: Catuan tebangan dikurangkan demi kelestarian - Arthur

    Kerajaan terus memperkukuh komitmen terhadap pengurusan hutan secara lestari apabila menetapkan Catuan Tebangan Tahunan (CTT) dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) bagi tempoh Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13), pada keluasan 890,000 hektar, berbanding 1,165,300 hektar dalam tempoh RMK12.

  8. Kanak-kanak lelaki 10 tahun korban terbaharu rabies di Sarawak

    Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun menjadi korban terbaharu jangkitan rabies di Sarawak.

  9. Kejatuhan harga emas hanya sementara - Analisis

    Harga emas yang kini sedang ditekan ke bawah selepas pasaran mencair, hasil sebenar meningkat dan permintaan fizikal ditangguhkan buat sementara waktu, bukanlah penyimpangan dalam tinjauan makroekonomi jangka panjang, kata seorang penganalisis.

  10. Ella teruja, bakal tunai umrah bersama 12 staf pada bulan Syawal

    Aidilfitri tahun ini merupakan sambutan yang berbeza buat Ratu Rock negara, Ella apabila bakal menunaikan ibadah umrah pada Syawal ini.




     

 

Advertisement

Must Watch Video