ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 20 Julai 2022.
1. Pemerdagangan manusia: Malaysia kekal di tahap 3 dua tahun berturut-turut
Malaysia dilaporkan kekal berada pada tahap tiga (Tier 3) dalam Laporan Laporan Tahunan Jabatan Negara Amerika Syarikat Mengenai Pemerdagangan Orang (Us Tip Report) 2022.
2. Kajian cuti haid, subsidi tuala wanita dijangka selesai Oktober - Siti Zailah
Proses pengenalan cuti itu bukan sahaja tentang kesejahteraan wanita, tetapi juga melibatkan implikasi ekonomi negara.
3. Kerajaan sedia bantu Perodua luaskan pasaran luar negara - PM Ismail Sabri
Perdana Menteri mahu Perodua terus mempertingkatkan kebolehan pengeluarannya, sekali gus mencapai skala ekonomi yang kompetitif setaraf dengan syarikat-syarikat asing di rantau ini.
4. Awie nasihat 'scammer' cari kerja lain, henti tipu orang ramai
Legenda rock negara Datuk Awie menasihati belia yang terlibat dengan sindiket penipuan atau scammer agar segera mencari pekerjaan lain yang menjamin masa depan.
5. Kemuka invois palsu lebih RM800,000, tiga individu ditahan SPRM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan tiga individu dipercayai telah mengemukakan invois palsu bernilai lebih RM800,000 kepada pejabat sebuah kementerian pada tahun 2019.
6. Perbicaraan Syed Saddiq: Rakaman audio tunjukkan Pegawai SPRM cuba pujuk sokong Muhyiddin
Pasukan pembelaan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada Rabu terus mempersoal tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang didakwa cuba memujuk Ahli Parlimen Muar itu untuk menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin.
7. Bukan tak mahu buat, tapi tiada syarikat berminat bina litar lumba motosikal - Chow Kon Yeow
Tiada mana-mana syarikat berminat mahu membina litar lumba motosikal meskipun Kerajaan Negeri Pulau Pinang pernah berusaha membangunkan litar tersebut di kawasan Batu Kawan.
8. Saksi nafi Bella jadi mangsa amang seksual sebelum dijaga Siti Bainun
Mohamad Imran Mohamed Zanyuin, 35, berkata beliau terkejut kerana ini merupakan kali pertama beliau mendengar isu amang seksual dibangkitkan pihak pembelaan.
9. Dewan Rakyat lulus usul batalkan keputusan tolak SOSMA
Kementerian Dalam Negeri (KDN) berjaya membatalkan keputusan Dewan Rakyat pada 23 Mac lalu, yang menolak usul melanjutkan tempoh kuat kuasa Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) untuk lima tahun lagi.
10. Saifuddin kembali sebagai Setiausaha Agung PKR, Nurul Izzah Naib Presiden
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail kembali dilantik sebagai Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), menerusi pengumuman dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Keadilan yang berlangsung pada malam Rabu.
Astro Awani
Wed Jul 20 2022
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 20 Julai 2022.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 12 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 9 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 7 Disember 2024.