KUALA PERLIS: Legenda rock negara Datuk Awie menasihati belia yang terlibat dengan sindiket penipuan atau scammer agar segera mencari pekerjaan lain yang menjamin masa depan.
Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman berkata daripada maklumat polis kebanyakan scammer terdiri daripada belia dan telah dilatih oleh sindiket untuk menipu mangsa menerusi panggilan telefon.
"Sebelum ini saya pernah beberapa kali cuba dihubungi mereka menerusi panggilan telefon yang terdiri daripada golongan belia dalam lingkungan umur 21 hingga 23 tahun.
"Apabila gagal mempengaruhi saya, mereka bergaduh dengan saya dan mengeluarkan kata-kata kesat," katanya kepada pemberita ketika menghadiri Kempen Anti-Scam Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2022 Polis Kontinjen Perlis, di sini.
Awie berkata sebelum mengakhiri perbualan telefon beliau sempat menasihati mereka untuk berhenti melakukan kerja tersebut dan bayangkan sekiranya ahli keluarga terdekat sendiri mengalami kerugian puluhan ribuan ringgit akibat menjadi mangsa sindiket penipuan.
"Tidak puas hati dengan nasihat saya, mereka mengganggu saya 20 hingga 30 kali sehari namun saya tidak melayannya," kata pelakon dan penyanyi itu yang dilantik sebagai duta anti-scam.
Beliau berkata tugas membanteras kegiatan jenayah penipuan tidak wajar hanya diletakkan pada bahu pihak polis sebaliknya ia adalah tanggungjawab semua rakyat Malaysia.
Awie bersama 35 penunggang motosikal berkuasa tinggi menyertai jelajah kempen kesedaran anti-scam ke seluruh Semenanjung yang berlangsung dalam tiga fasa dengan fasa pertama bermula semalam (19 Julai) sehingga 22 Julai meliputi empat negeri di utara semenanjung iaitu Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Perlis.
Sementara itu Timbalan Ketua Polis Perlis SAC Baderulhisham Baharudin dalam ucapan pada majlis itu berkata mengikut statistik yang direkodkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil kontinjen Perlis, 998 kes jenayah komersial telah dicatatkan pada tahun 2020 hingga Jun 2022 dengan kerugian RM15.8 juta dan daripada jumlah tersebut 969 kes merupakan jenayah penipuan dalam talian.
Beliau berkata penggunaan teknologi dalam urusan seharian ini secara tidak langsung telah mengakibatkan wujudnya bentuk jenayah baharu yang lebih kompleks dan global serta memerlukan perhatian lebih serius daripada masyarakat.
"Kempen Anti-Scam Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2022 merupakan kesinambungan kepada program pencegahan jenayah penipuan yang dilaksanakan secara berterusan oleh pihak polis yang bertujuan memberi pendedahan dan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap ancaman scammer agar tidak menjadi mangsa atau terlibat dengan aktiviti sindiket berkenaan," katanya.
Katanya kempen akan berlangsung sepanjang Julai 2022 dengan pengisian melalui pameran, ceramah, wawancara serta memberikan tips cara terbaik mengelak daripada menjadi mangsa.
"Penglibatan langsung komuniti dalam kempen ini amat penting dalam meningkatkan lagi kefahaman mengenai pencegahan jenayah komersial khususnya jenayah penipuan dalam talian. Informasi dan nasihat pencegahan jenayah yang diberikan oleh pihak polis perlu dimanfaatkan sepenuhnya, supaya tidak mudah panik dan terpedaya dengan pelbagai helah serta taktik kreatif penipuan yang digunakan oleh sindiket," katanya.
Turut hadir, Ketua Penolong Pengarah Operasi Darat, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti SAC Jamel Salleh dan Penolong Pengarah Siasatan Jenayah Kewangan/Koperasi/Insurans/Perbankan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman ACP Mazelan Paijan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 20 2022
Awie berkata daripada maklumat polis kebanyakan scammer terdiri daripada belia dan telah dilatih oleh sindiket untuk menipu mangsa menerusi panggilan telefon. - Gambar fail
Nahas helikopter Lumut: Mindef pertimbang keperluan teliti SOP latihan udara - Mohamed Khaled
Mindef akan mempertimbangkan keperluan untuk meneliti semula SOP latihan udara membentuk formasi penerbangan lintas hormat bagi mengelak tragedi.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi membolehkan mereka menangani cabaran industri dengan berkesan.
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
Peruntukan pembangkang: Terserah Muhyiddin untuk persoal keikhlasan kerajaan - Fadillah
Beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
SPRM jangka ada beberapa tangkapan isu tuntutan palsu anak menteri besar - Azam
SPRM akan membuat beberapa tangkapan lagi, berhubung kes melibatkan anak seorang menteri besar bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
SPRM akan panggil beberapa lagi individu bantu siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa lagi individu bagi membantu siasatan dakwaan pemalsuan dokumen tuntutan berjumlah RM600,000 melibatkan lima individu termasuk anak seorang Menteri Besar.
Pak Lah stabil, masih perlukan rehat secukupnya
Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), di sini, pada Rabu setelah mengalami small spontaneous pneumothorax.
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Liga Arab gesa UNSC terima pakai resolusi gencatan senjata di Gaza
Majlis Liga Arab gesa Majlis Keselamatan menerima pakai resolusi, di bawah Bab VII Piagam PBB memaksa Israel untuk gencatan senjata di Gaza.
Insiden kecoh ketika pengebumian: Pemandu kereta tertekan hon kerana panik - Polis
Polis menerima laporan seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika pengebumian Komander Muhammad Firdaus Ramli, di Masjid Jamek Sungai Nibong malam tadi.
Awie anggap bayaran rendah untuk artis veteran satu penghinaan
Pengarah filem Rebel itu juga mengajak penggiat seni untuk mengenang kembali perjuangan para artis senior suatu ketika dahulu.
'Ini tanggungjawab besar' - Awie kini bergelar pengarah filem aksi
Biarpun idea dan cerita asal filem Rebel ini adalah cetusan daripada dirinya sendiri, Awie menyatakan jalan ceritanya langsung tiada berkaitan dengan mana-mana pihak atau pertubuhan.
Lima rockers otai bergabung bantu Al-Muqwa
Ali XPDC, Ijam Medicine, Datuk Awie, Ady Wow dan Anjang Terra Rossa bersama Iwan Syahman, Kieran dan Faizal Ismail berkongsi pentas bagi membantu pihak pengurusan mengumpul dana.
'Saya ada sahabat perlu dijaga' - Awie utama rezeki dengan Wings, korban kerjaya solo
Menurut Awie, dia kini lebih selesa untuk sama-sama mencari rezeki dengan anggota kumpulan Wings yang lain.
Beto Kusyairy kemalangan sertai konvoi
Beto Kusyairy mengalami kecederaan selepas terlibat kemalangan ketika mengikuti konvoi motosikal Solidarity Ride Free Palestine Wings Motor Gangs Society (WMGS) Asean.
Konvoi motor besar Awie redah hujan lebih 200km demi Palestin
Menurut Awie, idea untuk mengadakan program berkenaan tercetus bagi bersama-sama rakyat Palestin menyokong pembebasan tanah air mereka.
'Lupakan cerita yang belakang tu' - Kembali berbaik, Amy rancang sesuatu dengan Awie
Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 64, memberitahu dia membuat keputusan untuk melupakan segala sengketa dan bersahabat kembali.
'Kami dah rujuk, alhamdulillah' - Amy Search dan Awie berdamai, akhiri perang dingin
Awie mendedahkan hubungan mereka menjadi dingin bertahun lamanya selepas pemergian pemain dram Search iaitu Allahyarham Yazit Ahmad pada 2019.
Demi tanggungjawab, Eddie Wings sertai persembahan sehari selepas pemergian isteri
Eddie memberitahu anaknya Bila mengikut keputusan yang dibuatnya lalu turut serta menjadi penyanyi latar Wings pada malam tersebut.
"Dah 8 tahun" - Awie syukur bakal jumpa anak-anak dengan bekas isteri Raya Haji ini
Awie menyifatkan hari raya Aidiladha ini bakal menjadi satu sambutan yang terindah buatnya kerana selepas lapan tahun akhirnya hajatnya untuk bertemu kembali dengan dua anaknya tercapai.