Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Julai 23, 2022 15:59 MYT
Julai 23, 2022 15:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 Julai 2022.
Akibat kesempitan wang dan situasi ekonomi yang mendesak, orang Melayu memilih untuk menggadai tanah demi meneruskan kelangsungan hidup.
Generasi muda berkaliber untuk memimpin negara sememangnya ada, tetapi mereka perlu diberi ruang dan peluang untuk membangunkan diri terlebih dahulu, kata bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Konsep tasamuh yang menekankan nilai toleransi dan kebersamaan menjadi tunggak kepada konsep Keluarga Malaysia yang diperkenalkan Kerajaan Persekutuan sejak setahun lalu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Tiada sebarang petunjuk positif ditemui polis berhubung kehilangan bekas personaliti televisyen, Zalina Azman, setakat ini.
Maria memaklumkan hubungan antara kedua-dua mereka mula bermasalah sejak tempoh pandemik sebelum masing-masing membuat keputusan untuk bercerai pada April lalu.
Suspek lelaki berusia lingkungan 50an itu merupakan suspek keempat yang ditahan selepas tiga individu termasuk seorang CEO wanita direman berkaitan kes sama pada 19 Julai lalu.
Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital di ibu negara.
Menterinya Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata kanak-kanak itu yang kini sedang menerima rawatan lanjut di hospital akan ditempatkan di pusat jagaan itu sehingga perbicaraan kes berkenaan selesai.
Lima individu dilaporkan maut dalam nahas membabitkan dua kenderaan di Jalan Raya Timur - Barat (JRTB) Gerik - Jeli berhampiran kawasan rehat dan rawat (R&R) Titiwangsa di sini pada Sabtu.
Penantian selama sembilan bulan buat seorang ibu di Johor berakhir apabila mayat anaknya yang hilang sejak Oktober lalu, ditemukan semula tengah hari Sabtu.