awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima maut nahas jalan raya di Gerik

Amirrul Rabbani
Amirrul Rabbani
23/07/2022
11:44 MYT
Lima maut nahas jalan raya di Gerik
Lima individu dilaporkan maut dalam nahas membabitkan dua kenderaan di Jalan Raya Timur - Barat (JRTB) Gerik - Jeli berhampiran kawasan rehat dan rawat (R&R) Titiwangsa pada Sabtu. - Foto JBPM Perak
GERIK: Lima individu dilaporkan maut dalam nahas membabitkan dua kenderaan di Jalan Raya Timur - Barat (JRTB) Gerik - Jeli berhampiran kawasan rehat dan rawat (R&R) Titiwangsa di sini pada Sabtu.
Mangsa maut dikenali, Mohd Rodhi Othman, 58 tahun; Ahmad Khomaini Abu, berusia 30-an; Sharifah Rohana Syed Sagaf, 59 tahun; Siti Aishah Mohd Rodhi, 32 tahun serta seorang kanak-kanak perempuan Zara Hana Ahmad Khomaini; 5 tahun.
Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 5 petang itu melibatkan kenderaan pelbagai guna (MPV) Alza dan pacuan empat roda Toyota Hilux.
Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Menurutnya siasatan lanjut berhubung kemalangan itu masih dikenal pasti.
JBPM Perak memaklumkan kejadian melibatkan tujuh orang mangsa. - Foto ihsan bomba
JBPM Perak memaklumkan kejadian melibatkan tujuh orang mangsa. - Foto ihsan bomba
Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba Dan Penyelamat (JBPM) Perak memaklumkan kejadian melibatkan tujuh orang mangsa yang mana dua mengalami cedera ringan.
Katanya lagi, mangsa-mangsa yang cedera telah dihantar ke Hospital Jeli untuk tindakan selanjutnya.
Manakala mangsa-mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Topic Berkaitan
#nahas kenderaan
#kemalangan
#Gerik
#JRTB
#Jalan Raya Timur - Barat
#JBPM Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan