MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 23 September 2022.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 23 September 2022.
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam, di sini, atas 40 pertuduhan rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN).
PM Ismail Sabri ucap tahniah kepada Harimau Malaya
2. Malaysia menang penentuan sepakan penalti 5-3 dan layak ke final bertemu Tajikistan.
Premis tersebut dikenakan dua kompaun dan diarah menutup operasi mereka serta-merta.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sudah dibenarkan keluar daripada Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) pada petang ini selepas menerima rawatan di institusi itu sejak Isnin lalu.
Pelakon, pelawak dan penulis lirik, Bob Lokman dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Kubang Kerian, Kota Bharu di Kelantan pada Jumaat.
Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepas tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim daripada tiga pertuduhan rasuah dan enam pertuduhan pengubahan wang haram berhubung projek jalan raya di Perak dan Kedah.
Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir, mendakwa tindakan kepimpinan UMNO yang mahu supaya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan pada musim banjir merupakan satu helah untuk memastikan tidak ramai pengundi menunaikan tanggungjawab masing-masing.
Filem Mat Kilau yang dikritik penonton tempatan selepas mula ditayangkan di platform penstriman Netflix sejak minggu lalu, menerima sambutan baik penonton di negara luar.
Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan supaya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan selepas musim banjir bagi mengelak berlaku kejadian tidak diingini terhadap pengundi yang keluar menunaikan tanggungjawab mereka.
Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mengesahkan akan mempertahankan kerusi Parlimen yang sedang disandangnya itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami