ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 27 November 2022.

1. Pasca PRU15: Desakan Zahid letak jawatan tidak relevan - Ahmad Maslan

Desakan meletak jawatan terhadap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung kekalahan parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dilihat tidak relevan ketika ini.

2. Pasca PRU15: Calon TPM dari Borneo perlu wakili etnik majoriti - Penganalisis

Pemilihan calon seorang Timbalan Perdana Menteri dari Borneo terutamanya dari Sarawak sudah tentu perlu mengambil kira pemimpin yang mewakili etnik majoriti negeri itu, kata penganalisis politik Universiti Malaya Profesor Madya Awang Azman Awang Pawi.

3. Nasi Ambeng diisytihar Makanan Warisan Selangor

Tujuan pewartaan berkenaan adalah bagi memberi ketetapan untuk ciri-ciri elemen nasi ambeng yang asli dan berasal dari Selangor.

4. Anwar pengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara Tahun 2022 bersama jabatan dan agensi kerajaan bagi membincangkan isu kos sara hidup yang menekan rakyat.

5. Anwar puji komitmen penjawat awam hadiri mesyuarat pada Ahad

Menurutnya, meskipun diberikan notis singkat namun semua kementerian terlibat hadir dengan persiapan rapi termasuk dengan data, angka dan statistik mencukupi.

6. Perkataan 'cerakin' dalam sidang media PM jadi tumpuan

Segolongan warga maya terus menggunakan enjin carian, Google untuk mengetahui maksud 'cerakin' yang disampaikan oleh Perdana Menteri semasa bercakap mengenai subsidi.

7. GV9 sentiasa penuh kejutan... Mungkinkah akan ada dua juara seperti sebelum ini?

Persaingan sengit antara enam bintang iaitu Jaclyn Victor, Shila Amzah, Bob Yusof, Tomok, Hazrul Nizam dan kumpulan V.E di pentas akhir konsert Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) yang akan berlangsung malam ini.

8. Selepas TMJ, Sultan Johor pula perkenan terima menghadap Anwar

Pertemuan itu hadir sehari selepas Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Anwar di satu lokasi tidak dimaklumkan pada Sabtu.

9. Jaclyn Victor muncul juara Gegar Vaganza 9

Jaclyn Victor mengalahkan lima peserta yang lain di pentas akhir untuk muncul juara Gegar Vaganza 9 (GV9) sekali gus membolehkannya membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 dan percutian ke Paris.

10. Anwar tolak guna Mercedes S600 sebagai kenderaan rasmi

Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak untuk menggunakan Mercedes S600 yang telah dibeli dan diperoleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk kegunaan rasmi Perdana Menteri sebelum beliau memasuki pejabat.