Skip to main content

Sukan

Kami lambat bertindak, cuai - Van Dijk ratapi kekalahan Liverpool

Liverpool's Virgil van Dijk, left, challenges Wolverhampton Wanderers' Adam Armstrong during the English Premier League soccer match between Wolverhampton Wanderers and Liverpool in Wolverhampton, England, Tuesday, March 3, 2026. (AP Photo/Dave Shopland)
Virgil van Dijk (kiri) berebut bola dengan pemain Wolves Adam Armstrong ketika perlawanan EPL antara Wolverhampton Wanderers dan Liverpool di Wolverhampton, England, 3 Mac 2026. (Foto AP)

LIVERPOOL tewas kepada Wolves bimbingan Rob Edwards di Molineux awal pagi tadi menerusi gol Andre dalam masa kecederaan.

Rodrigo Gomes membuka jaringan buat Wolves pada minit ke-78 sebelum Mo Salah menyamakan kedudukan, namun Andre memastikan tiga mata penuh buat Wolves sekali gus merencatkan aspirasi slot automatik Liverpool ke Liga Juara-Juara musim hadapan.

Advertisement

Van Dijk bercakap dengan TNT Sports selepas perlawanan, dia berkata, "Kami lambat bertindak, kami boleh diramal dan cuai dalam penguasaan bola dan salah dalam membuat keputusan. Jelas sekali kami tidak melunaskan peluang, tetapi jika anda beraksi seperti itu, ada kemungkinan kami perlu menghadapi kekalahan. Itulah hakikatnya dan itu yang mengecewakan kami.

"Kami menguasai sebahagian besar penguasaan permainan, tetapi kami masih membuat keputusan yang salah saya fikir dan tidak dapat menghasilkan gol. Akhirnya kami hanya kecewa kerana kami tewas. Dibolosi gol sentiasa mengecewakan."

Liverpool kini menghuni tangga ketujuh selepas 29 perlawanan dan mengumpul 44 mata.

 

Must Watch Video