ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 31 Disember 2022.

1. Kadar tol BESRAYA, LEKAS diturunkan mulai tengah malam ini

Kadar tol di Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA) dan Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) akan diturunkan mulai jam 12.01 tengah malam ini.

2. Tempoh reman suspek kes dera kanak-kanak dilanjut

Tempoh reman lima rakan termasuk kakak kandung kanak-kanak empat tahun yang meninggal dunia dipercayai didera di Senggarang, Batu Pahat dilanjutkan 7 hari sehingga 7 Januari depan.

3. 'Nombor Bil' dijadikan mandatori mulai esok - LHDN

'Nombor Bil' akan digunakan sebagai rujukan mandatori bagi urusan pembayaran semua jenis cukai langsung kecuali bayaran Potongan Cukai Bulanan (PCB) dan Duti Setem, berkuatkuasa 1 Januari 2023.

4. Tahun penuh kejutan, ini rentetan peristiwa menarik sepanjang 2022!

Untuk sampai ke penghujung 2022, kejutan demi kejutan 'disajikan' yang menyaksikan banyak peristiwa menarik berlaku.

5, Luka Harimau Malaya sudah pulih

Harimau Malaya berada pada tahap terbaik untuk melakar kemenangan ke atas Singapura dalam aksi terakhir Kumpulan B Piala AFF di Stadium Nasional, Bukit Jalil, pada Selasa ini.

6. PETRONAS komited penuhi keperluan gas dan minyak Malaysia

PETRONAS terus komited menghasilkan sumber minyak dan gas negara meskipun berdepan cabaran ketidaktentuan pasaran semasa termasuk agenda global ke arah transisi tenaga yang hangat diperdebatkan ketika ini.

7. P. Pinang sambung taja feri percuma enam bulan lagi

Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyambung penajaan program feri percuma selama enam bulan pada tahun depan iaitu bermula esok hingga 30 Jun 2023 membabitkan perbelanjaan sebanyak RM468,000.

8. Empat anggota polis ditahan bantu siasatan kes samun, cabul di Tanah Merah

Empat anggota polis di Kelantan masing-masing tiga berpangkat konstabel dan seorang koperal ditahan bagi membantu siasatan kes samun dan cabul di Tanah Merah, Rabu lepas.

9. Kerajaan tekad kembalikan wang negara yang dicuri - PM Anwar

Kerajaan bertekad untuk cuba mengembalikan sebahagian wang negara yang telah dicuri akibat perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab dan terpalit dengan gejala rasuah.

10. Penonton maut dirempuh kereta di Litar Dato Sagor

Rakaman kejadian itu yang tular di media sosial memaparkan dua buah kereta yang sedang berlumba bergesel hingga menyebabkan salah sebuah kenderaan tersebut terbabas.