awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga maut, empat cedera dalam dua nahas berasingan di Batu Gajah, Lenggong
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
SpaceX lancar kumpulan baharu satelit Starlink
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penonton maut dirempuh kereta di Litar Dato Sagor

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
31/12/2022
15:19 MYT
Penonton maut dirempuh kereta di Litar Dato Sagor
Rakaman kejadian itu yang tular di media sosial memaparkan dua buah kereta yang sedang berlumba bergesel hingga menyebabkan salah sebuah kenderaan tersebut terbabas. - Foto Sinar Harian/media sosial
PASIR SALAK: Seorang lelaki maut selepas dirempuh kereta yang terbabas dalam satu acara permotoran di Litar Dato Sagor, Kampung Gajah di sini, hari ini.
Rakaman kejadian itu yang tular di media sosial memaparkan dua buah kereta yang sedang berlumba bergesel hingga menyebabkan salah sebuah kenderaan tersebut terbabas.
Kejadian menyebabkan beberapa individu yang berada di tepi litar lari menyelamatkan diri, namun mangsa dikatakan dirempuh salah sebuah kereta.
Beberapa orang penonton kemudian dilihat bergegas untuk memeriksa keadaan mangsa sebelum ambulans tiba untuk memberikan bantuan.
Difahamkan, mangsa dihantar ke Hospital Changkat Melintang namun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Barudin Wariso berkata, mangsa, seorang lelaki tempatan merupakan penonton di litar berkenaan.
Menurutnya, pihak polis masih mendapatkan maklumat lengkap berkenaan kejadian tersebut.
Topic Berkaitan
#penonton dirempuh
#Litar Dato Sagor
#Kampung Gajah
#litar lumba
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan