ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 5 Januari 2023.

1. PAU2022: Zahid beri bayangan sedia dicabar jawatan Presiden

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi bayangan beliau bersedia untuk dicabar bagi jawatan Presiden UMNO dalam pemilihan parti akan datang.

2. Shahrir Samad dilepas, bebas pertuduhan gagal isytihar wang RM1 juta

Bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Ab Samad dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis atas pertuduhan gagal mengisytiharkan RM1 juta yang diterima daripada Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

3. Isu RM600 bilion: 'Tidak ada apa-apa yang tak kena' - Tengku Zafrul

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menyifatkan dana melibatkan beberapa pakej rangsangan ekonomi sejak 2020 dilaksana secara telus.

4. Pergolakan politik Sabah: Shafie Apdal umum ada sokongan ADUN?

Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dijangka mengadakan sidang media petang ini dipercayai untuk mengumumkan beliau mempunyai sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah.

5. Pelakon drama 'Nur' Kamsani Ismail meninggal dunia

Pelakon drama bersiri popular "Nur", Kamsani Ismail, menghembuskan nafas terakhir malam tadi akibat komplikasi penyakit kencing manis dan jangkitan kuman.

6. Kes SRC: Najib fail petisyen kepada PBB, mohon bebas atau dibicara semula

Datuk Seri Najib Razak memfailkan petisyen kepada Kumpulan Kerja Penahanan Arbitari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNWGAD) bagi meminta dibebaskan atau dibicarakan semula.

7. UMNO perlu buang stigma parti rasuah untuk bangkit semula - Isham

UMNO perlu berusaha membetulkan stigma masyarakat terhadap parti itu yang sering didakwa mengamalkan rasuah sekiranya mahu bangkit semula selepas berdepan prestasi buruk pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

8. Warga Rusia dedah pengalaman ceroboh Menara Merdeka 118

Seorang wanita warga Rusia mendedahkan perbuatan menceroboh Menara Merdeka 118 dengan memanjat ke puncak pencakar langit berkenaan baru-baru ini.

9. MKT tolak rayuan Tajuddin, penggantungan berkuat kuasa hari ini - Isham

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO memutuskan menolak rayuan permohonan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berhubung penggantungan keahliannya.

10. 7 ADUN Pakatan Harapan Sabah tidak beri SD sokong mana-mana pihak

Tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan di Sabah memerhati dengan serius perkembangan politik di negeri itu yang kini bertiup kencang. Menerusi satu kenyataan bersama yang dikeluarkan, mereka memaklumkan tidak memberikan akuan bersumpah (SD) menyokong mana-mana pihak selepas tahun 2020.