ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 6 Januari 2023.

1. KKM mula inisiatif label ubat mesra OKU penglihatan

Label itu diwujudkan bagi memudahkan OKU penglihatan mendapat maklumat mengenai ubat dan preskripsi secara cepat dan tepat.

2. Nadma nafi edar borang bantuan banjir

Agensi itu tidak terlibat dalam sebarang proses pendaftaran, kelulusan dan agihan bantuan, sebaliknya semua urusan berkaitan bantuan banjir perlu berhubung dengan pejabat daerah terdekat.

3. Laluan Batang Kali-Genting Highlands dibuka semula hari ini

Pengguna yang menggunakan laluan tersebut tidak dibenarkan berhenti di kawasan kejadian tanah runtuh.

4. UiTM perlu 3-6 bulan batal gabungan FKPM dengan dua fakulti

Tindakan pembatalan gabungan itu perlu disegerakan bagi memastikan ia tidak menjejaskan proses pembelajaran dan pengajaran di fakulti tersebut.

5. Syamsul Yusuf mengaku nikahi Ira Kazar di Thailand

Pengarah filem kontroversi, Syamsul Yusof mengesahkan sudah menikahi pelakon Ira Kazar di Thailand.

6. Kanak-kanak OKU dibunuh, disumbat ke dalam guni sebelum dibuang ke dalam semak

Pukul, bunuh, sumbat ke dalam guni dan buang ke dalam semak.

Itu tindakan kejam yang didakwa dilakukan seorang lelaki terhadap anak perempuan teman wanitanya yang berusia enam tahun baru-baru ini.

7. Politik Sabah: Hajiji sahkan akan berlaku rombakan Kabinet negeri

Di sebalik dakwaan berlaku pergolakan politik, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor hari ini mengesahkan akan berlaku rombakan Kabinet negeri itu.

8. 'Langkah London' itu jauh sangat - PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara sinis menyifatkan 'Langkah London' sebagai lebih mahal berbanding 'Langkah Kajang'.

9. 'Cukup-cukuplah' - Agong titah tangguh sementara kelulusan projek di Cameron Highlands

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan agar semua kelulusan projek pembangunan di Cameron Highlands ditangguhkan sementara, ketika ini.

10. GRS-BN di Sabah 'terkubur', hilang percaya terhadap Hajiji

Seramai 17 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) menarik sokongan terhadap Kerajaan Sabah dipimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan BN.