awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UiTM perlu 3-6 bulan batal gabungan FKPM dengan dua fakulti

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
06/01/2023
04:00 MYT
UiTM perlu 3-6 bulan batal gabungan FKPM dengan dua fakulti
Pada Oktober lalu, Alumni Masscomm UiTM memulakan siri bantahan terhadap penggabungan ketiga-tiga fakulti yang kini dinamakan Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Media.
KUALA LUMPUR: Universiti Teknologi Mara (UiTM) memerlukan tiga hingga enam bulan untuk membatalkan gabungan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) dengan Fakulti Sains Komputer dan Matematik serta Fakulti Pengurusan Maklumat.
Demikian dimaklumkan Naib Canselor UiTM Prof Dr Ts Datuk Roziah Mohd Janor ketika pertemuan dengan Presiden Alumni Masscomm UiTM, Basree Rakijan.
Dalam satu kenyataan, Basree berkata, Alumni Masscomm menghargai pendirian terbaharu pengurusan UiTM yang menerima pandangan daripada Alumni Masscomm dan bersetuju mengekalkan FKPM.
“Saya percaya pengurusan UiTM amat serius dalam menyelesaikan kemelut ini dan jika kita perlu menunggu tiga hingga enam bulan demi kebaikan dan masa depan fakulti, kami memahami,” katanya.
Basree sebelum ini meminta UiTM membatalkan serta-merta penggabungan itu berdasarkan keputusan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam surat bertarikh 1 Nov 2022.
Katanya, tindakan pembatalan gabungan itu perlu disegerakan bagi memastikan ia tidak menjejaskan proses pembelajaran dan pengajaran di fakulti tersebut.
Selain itu, ia juga perlu bagi mengelakkan timbul pelbagai masalah serta kekeliruan berikutan penggabungan itu.
BACA: Isu gabungan FKPM: Alumni FKPM kesal bantahan tidak dilayan, dakwa UiTM tidak telus
KPT sebelum ini membuat keputusan, sama ada UiTM menukar nama gabungan ketiga-tiga fakulti itu kepada Kolej Pengajian Media, Komunikasi, Pengkomputeran dan Informatik atau melakukan penstrukturan semula dengan mengekalkan FKPM seperti sebelum ini.
Pada Oktober lalu, Alumni Masscomm UiTM memulakan siri bantahan terhadap penggabungan ketiga-tiga fakulti yang kini dinamakan Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Media.
Menerusi bantahan itu, mereka menegaskan, pengajian komunikasi lebih fokus kepada melatih pelajar berfikir secara kritikal serta menulis dengan baik dan ia tidak memerlukan penggabungan dengan bidang sains komputer dan matematik.
Topic Berkaitan
#UiTM
#Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media
#Alumni Masscomm UiTM
#gabungan FKPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan