Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

41667665087_TBBERITAx.jpg
41667665087_TBBERITAx.jpg
Advertisement
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 7 Januari 2023.

1. Politik Sabah: Hajiji hilang kelayakan, perlu ikut undang-undang, letak jawatan - Warisan

Seorang Ketua Menteri yang bersendirian tanpa sebarang kepastian sama ada dia mendapat sokongan majoriti Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah, perlu meletakkan jawatan seperti mana termaktub dalam Perkara 6(7) Perlembagaan Negeri Sabah. 


2. Polis nafi penglibatan KPN dalam skim pelaburan Amundi

Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menafikan sebarang penglibatan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dalam skim pelaburan dikenali sebagai Amundi.


3. Penambahan bas 'shuttle' dan kakitangan langkah tangani isu aerotrain KLIA - Anthony

Penambahan bas 'shuttle' yang beroperasi sepanjang masa serta lebih banyak kakitangan ditempatkan bagi menghubungkan terminal utama dan satelit di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, menjadi antara langkah mitigasi untuk menangani isu ketidakstabilan perkhidmatan aerotrain.


4. Anwar adakan lawatan rasmi ke Indonesia, tingkatkan hubungan dua hala

Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan rasmi ke Indonesia selama dua hari bermula esok dan dijadual mengadakan pertemuan dengan Presiden Joko Widodo.


5. Calon Duta Besar Malaysia ke Indonesia sudah dimuktamadkan - Menteri Luar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka mengumumkan nama Duta Besar Malaysia yang baharu ke Indonesia dalam masa terdekat.


6. Politik Sabah: Selepas satu jam, Hajiji tinggalkan Istana Seri Kinabalu

Selepas hampir satu jam Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menghadap Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, rombongan beliau dilihat keluar dari perkarangan Istana Seri Kinabalu di sini.


7. "Hanya ajal dan maut pisahkan kami" - Ab Rauf, Sulaiman perjelas isu Ketua Menteri Melaka

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali tampil duduk semeja menjelaskan ‘cakap-cakap’ politik kononnya jawatan nombor satu pentadbiran negeri itu akan bertukar tangan pada Januari ini.


8. Tanah runtuh Batang Kali: Penjawat awam ditahan disyaki curi barangan milik mangsa

Polis menahan seorang penjawat awam yang dipercayai mencuri barangan milik mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Gohtong Jaya, Batang Kali pada 16 Dis lepas.


9. Politik Sabah: Anwar beri tumpuan khusus selepas pulang dari Jakarta

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berhubung dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor susulan isu kemelut politik negeri itu pada ketika ini.


10. Piala AFF: Harimau Malaya raih kemenangan berharga, tundukkan Thailand 1-0

Harimau Malaya melakar kemenangan berharga selepas menundukkan Thailand 1-0 dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Must Watch Video

Advertisement