Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Februari 4, 2023 15:59 MYT
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 4 Februari 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 4 Februari 2023.
1. PDRM tunggu dasar KDN berikutan kebenaran jual bunga api, mercun
PDRM mengikuti apa jua garis panduan dan dasar yang ditetapkan KDN berikutan pelaksanaan perkara tersebut demi menjamin keselamatan orang ramai.
2. 'Kami kecewa, rasa dianiaya' - Pekerja p-hailing dakwa kadar upah tidak setimpal
Pekerja penghantar makanan bermotosikal (p-hailing) meluahkan rasa dianiaya kerana mendakwa kadar upah yang diterima mereka semakin kecil.
3. 682 pegawai, anggota polis KL bertugas ketika Thaipusam
Beberapa jalan sekitar ibu kota ditutup serta dilencongkan bermula jam 10 malam, Jumaat hingga 4 pagi, Sabtu dan 6 petang hingga 12 tengah malam, Isnin.
4. Bimbang hubungan sulit terbongkar, pekerja rumah kebajikan bunuh, tanam suami kekasih
Seorang lelaki warga India bertindak membunuh dan menanam suami kepada teman wanitanya, di belakang sebuah rumah banglo yang dijadikan sebagai pusat penjagaan orang tua di Subang Jaya
5. Kaji semula kebenaran penjualan mercun, bunga api - CAKE
Persatuan Pengguna Kedah (CAKE) meminta agar kerajaan mengkaji semula cadangan untuk membenarkan penjualan mercun dan bunga api.
6. Cuepacs saran tempoh bayaran pinjaman dipanjangkan, elak rakyat muflis
Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia diminta meneliti had tempoh bayaran pinjaman supaya dapat dipanjangkan, bagi meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat dan mengelakkan masalah muflis.
7. Masyarakat perlu hormati fatwa larang umat Islam sertai ritual keagamaan bukan Islam
Masyarakat perlu menghormati fatwa yang dikeluarkan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) baru-baru ini berhubung larangan ke atas orang Islam hadir ke upacara ritual perayaan penganut agama bukan Islam.
8. Ahmad Zahid tetap liabiliti kepada Kerajaan Perpaduan - Penganalisis
Disabit bersalah atau sebaliknya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tetap disifatkan sebagai 'liabiliti' dalam Kerajaan Perpaduan, kata penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Salawati Mat Basir.
9. 147 Ketua Wanita Bahagian mahu Shahrizat kembali terajui Wanita UMNO
Lebih separuh Ketua Wanita UMNO Bahagian di seluruh negara menggesa agar Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil kembali menerajui kepimpinan Wanita UMNO Malaysia.
10. Bintang legenda Julie Sudiro meninggal dunia
Bintang legenda, Datin Paduka Julie Sudiro menghembuskan nafas terakhir pada usia 77 tahun akibat masalah paru-paru.
#berita Malaysia #berita tempatan #Berita AWANI #berita utama