KUALA LUMPUR: Pekerja penghantar makanan bermotosikal (p-hailing) meluahkan rasa dianiaya kerana mendakwa kadar upah yang diterima mereka semakin kecil.
Mereka mendakwa, ia berlaku sejak langkah pembesaran zon kawasan bekerja dilaksanakan syarikat terbabit Isnin lalu mengakibatkan pendapatan yang diterima semakin berkurangan.
Seorang penghantar makanan yang hanya mahu dikenali sebagai Hazim, 20, berkata, masalah timbul apabila seseorang penghantar makanan itu perlu menghantar makanan ke lokasi yang lebih jauh berbanding sebelum ini.
"Bayangkan makanan diambil di restoran di Petaling Jaya dan perlu dihantar ke Pelabuhan Klang dan bayaran yang diterima hanya sekitar RM7.
"Kadar bayaran yang tak setimpal ditambah dengan lokasi jauh sekali gus memberikan kesan dari segi kos kepada penghantar makanan," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyerah memorandum bersama kira-kira 100 pekerja di hadapan syarikat terbabit di Jalan Chan Sow Lin pada Jumaat.
Tambah Hazim, langkah pembesaran zon ini dilihat baik bagi menambah pendapatan penghantar makanan namun perlu selari dengan upah yang diterima.
Ujarnya, mereka tidak kisah sekiranya perlu menghantar di lokasi yang lebih jauh asalkan upah yang diterima berbaloi, pelbagai perkara perlu diambil kira seperti kos minyak, penyelenggaraan motosikal dan sebagainya.
Selain itu, Zaim Bakar, 36, berkata, pendapatan yang diperoleh turut berkurangan gara-gara pelaksanaan kaedah terbaharu syarikat terbabit.
"Ada antara kami ini menjadikan penghantar makanan sebagai pekerjaan tetap, jadi bila upah diterima kurang, memang ia sesuatu yang amat membebankan untuk kami menanggung keperluan keluarga," jelasnya.
Sementara itu, Pengarah Strategik Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat, Bryan Ng berkata, pihaknya bersama wakil pekerja servis penghantar makanan bermotosikal hadir bagi menyerahkan memorandum berkaitan isu terbabit.
"Setakat ini, maklum balas yang diterima positif dan dimaklumkan pihak syarikat terbabit akan meneliti isu berkaitan persempadanan zon yang diperluaskan dan upah yang diterima penghantar makanan.
"Kita turut mengemukakan agar satu insentif kepada penghantar makanan diperkenalkan bagi mengurangkan beban yang perlu ditanggung mereka," ujarnya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Feb 04 2023
Hampir 100 pekerja penghantar makanan bermotosikal hadir menyampaikan memorandum di hadapan syarikat terbabit di Jalan Chan Sow Lin pada Jumaat. -Foto Sinar Harian
Tangguh ke Thailand jika tiada urusan penting - Polis Kelantan
Beliau berkata, jika tidak mempunyai pilihan mereka yang ingin ke negara berkenaan diingatkan agar sentiasa berhati-hati.
Wanita Malaysia buat hal di Jepun, parkir kereta ikut suka hati
Menerusi perkongsian foto pengguna X, tindakan wanita berkenaan telah menimbulkan kemarahan warga negara matahari terbit itu.
KKB Memilih: Hari penentuan siapa pilihan pengundi (setakat jam 8:40 pagi)
Wartawan Hasimi Muhamad melaporkan perkembangan terkini proses pengundian pilihan raya kecil Kuala Kubu Baharu.
Lelaki ditahan seleweng lebih 13,000 liter diesel bersubsidi
Tangkapan dilakukan pada Khamis hasil operasi dijalankan KPDN Cawangan Manjung pada jam 12.50 tengah hari.
Liga Super: Solat hajat untuk Akhyar, Faisal sebelum TFC jumpa Perak FC
Majlis doa selamat dan solat hajat akan diadakan di pekarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus pada jam 7.30 malam.
Banjir kilat, pokok tumbang jejas 10 mangsa di Taiping
APM Daerah Taiping menerima panggilan kecemasan dari Penghulu Mukim Trong berhubung insiden yang berlaku sekitar jam 6.15 petang itu.
KKB Memilih: Hari penentuan siapa pilihan pengundi
Wartawan Hasimi Muhamad melaporkan perkembangan terkini proses pengundian pilihan raya kecil Kuala Kubu Baharu.
18 pusat mengundi PRK KKB dibuka 8 pagi ini
Kesemua pusat mengundi dibuka sehingga 6 petang kecuali pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bukit Fraser, pada 2 petang.
AWANI Pagi: Dilema Penjawat Awam: Menyimpan, meminjam atau melabur
Diskusi Awani Pagi beri tumpuan kepada dilema yang dihadapi penjawat awam, yang perlu buat pilihan antara menyimpan, meminjam atau melabur. Prof Dr Roselina Ahmad Saufi dari Malaysian Graduate School of Entrepreneurship and Business (MGSEB) UMK akan kongsi pandangan beliau dalam 7.30 pagi nanti.
UMNO rai ulang tahun ke-78 penubuhannya hari ini
Parti UMNO, yang menyambut ulangtahun ke-78 hari ini, menganjurkan majlis solat hajat, bacaan yasin dan doa selamat, di Pusat Dagangan Dunia, WTC, malam ini.
'Kami kecewa, rasa dianiaya' - Pekerja p-hailing dakwa kadar upah tidak setimpal
Masalah timbul apabila seseorang penghantar makanan itu perlu menghantar makanan ke lokasi yang lebih jauh berbanding sebelum ini.