MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 5 Februari 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 5 Februari 2023.
1. MCMC, PDRM diminta siasat gambar fitnah Perdana Menteri
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) diminta untuk menyiasat satu hantaran di Facebook yang memfitnah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan menularkan sekeping gambar lama.
2. Bas bawa guru, pelajar MRSM terbalik, lima cedera
Sebuah bas yang membawa tiga guru dan 27 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tun Ghazali Shafie, Kuala Lipis terbabas di Kilometer 19 Jalan Lurah Bilut, di Raub, malam tadi.
3. Wang KWSP RM141,000 lesap diperdaya Macau Scam
Mangsa berusia 56 tahun yang bekerja bahagian pentadbiran di sebuah syarikat swasta itu mendakwa telah dihubungi oleh individu dari sebuah syarikat insurans.
4. PM Anwar dilaporkan tidak sihat
Perkara itu dimaklumkan Menteri Sumber Manusia, V.Sivakumar ketika ditemui pemberita pada sambutan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar Swamy, pada Ahad.
5. Sultan Johor meriahkan sambutan Thaipusam
Sambutan perayaan ini dimeriahkan dengan keberangkatan tiba Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar untuk meraikannya bersama lebih 10 ribu pengunjung di Kuil Arulmigu Sri Balasubramaniar, Skudai, hari ini.
6. 'Saya akan teruskan perkhidmatan di Tambun walau ada kekangan' - Ahmad Faizal
Walaupun tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu, Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memberi jaminan bahawa beliau tidak akan meninggalkan Parlimen Tambun.
7. Dilantik Penasihat Kanan: 'Beri peluang kepada Nurul Izzah', sindir Ahmad Faizal
Semua pihak perlu memberi peluang kepada Nurul Izzah Anwar membuktikan kemampuannya selepas dilantik menjadi Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri.
8. Baling botol kaca: Tujuh individu termasuk tiga wanita ditahan
Polis menahan tujuh individu termasuk tiga wanita disyaki terbabit dalam kes membaling botol kaca ke arah jalan raya dari balkoni sebuah kediaman di Jalan Cendana, Kampung Baru di sini, yang tular di media sosial baru-baru ini.
9. PM Anwar jalani pemeriksaan kesihatan di IJN
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa kesihatan beliau berada pada tahap yang baik selepas menjalani pemeriksaan kesihatan di Institut Jantung Negara (IJN) pada pagi Ahad.
10. Empat lelaki diarah bela diri tuduhan rogol berkumpulan budak 12 tahun
Empat lelaki diarah membela diri atas pertuduhan rogol berkumpulan terhadap seorang kanak-kanak berusia 12 tahun, tiga tahun lepas.