awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar jalani pemeriksaan kesihatan di IJN

Astro Awani
Astro Awani
05/02/2023
10:37 MYT
PM Anwar jalani pemeriksaan kesihatan di IJN
Anwar turut memuat naik gambar yang menunjukkan beliau menjalankan tugas bersama anaknya, Nurul Izzah Anwar yang juga merupakan Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan, serta Setiausaha Politik Kanan Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa kesihatan beliau berada pada tahap yang baik selepas menjalani pemeriksaan kesihatan di Institut Jantung Negara (IJN) pada pagi Ahad.
Beliau berkata demikian menerusi media sosial selepas Menteri Sumber Manusia V Sivakumar memaklumkan bahawa Perdana Menteri tidak dapat menghadiri sambutan Thaipusam di Batu Caves atas faktor kesihatan.
“Pagi tadi jalani pemeriksaan kesihatan di Institut Jantung Negara (IJN).
“Seusai pemeriksaan dan doktor mengesahkan kesihatan saya berada pada tahap yang baik, saya langsung menyambung tugasan bersama staf,” jelasnya menerusi hantaran di Twitter.
Anwar turut memuat naik gambar yang menunjukkan beliau menjalankan tugas bersama anaknya, Nurul Izzah Anwar yang juga merupakan Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan, serta Setiausaha Politik Kanan Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Pada pagi Ahad, ketika ditemui pemberita di Kuil Sri Subramaniar Swamy, Sivakumar berkata, Anwar memaklumkan bahawa beliau tidak sihat dan perlu mendapat rawatan di hospital.
Menurutnya, Anwar juga berkata bahawa satu sesi perjumpaan bersama semua jawatankuasa kuil di seluruh Malaysia akan diadakan dalam masa terdekat bagi menyampaikan amanatnya.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#pemeriksaan kesihatan
#Institut Jantung Negara IJN
#Thaipusam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan