Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Mac 15, 2023 15:59 MYT
Mac 15, 2023 15:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 15 Mac 2023.
Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yakin mampu menyusun semula kewangan syarikat Boustead dalam tempoh masa tiga tahun, jika usaha penswastaan berjaya dilaksanakan, menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Ahmad Nazim Abdul Rahman.
Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan tarikh permulaan puasa bagi umat Islam di Malaysia tahun ini ialah pada petang Rabu, 22 Mac bersamaan 29 Syaaban 1444 Hijriah.
Penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman bakal memfailkan representasi keempat kepada Jabatan Peguam Negara bagi mengkaji tiga pertuduhan kes dadah yang dihadapinya.
Rang Undang-Undang Warga Emas dijangka dibentangkan di Parlimen tahun depan, antara lain mengambil kira tindakan undang-undang terhadap anak yang tidak bertanggungjawab kepada ibu bapa mereka.
Seorang pemilik syarikat pengurusan acara dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru, pada Rabu atas pertuduhan membuat ugutan jenayah dan ancaman bunuh terhadap kumpulan rock Indonesia, Radja.
Kerajaan bercadang mewujudkan kemudahan pembiayaan pinjaman dan insurans kenderaan untuk golongan B40 di bawah Payung Rahmah.
KPM belum bercadang untuk mengembalikan sesi persekolahan bermula Januari seperti sebelum pandemik COVID-19 dalam tempoh terdekat.
Keempat-empat lelaki yang berumur antara 40 dan 55 tahun itu ditahan lewat petang semalam di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata parti itu akan terus mengambil sikap 'husnuzon' (bersangka baik) terhadap Muafakat Nasional (MN).
Keterujaan untuk memiliki rumah idaman bagaimanapun bertukar jadi penyesalan apabila rumah yang diharapkan pembeli seperti ‘bayar lain dapat lain’.