Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Mei 19, 2023 15:48 MYT
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 19 Mei 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 19 Mei 2023.
1. Konsert Coldplay tak boleh ganggu aksi Harimau Malaya
Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin tidak akan membenarkan konsert Coldplay yang bakal berlangsung pada 22 November di Stadium Nasional Bukit Jalil mengganggu perlawanan Kelayakan Piala Asia 2027 yang akan diadakan sehari sebelum itu.
2. Semua empangan di Selangor berkapasiti penuh, mampu bertahan empat bulan
Keseluruhan tujuh empangan di Selangor berada dalam kapasiti penuh setakat Rabu.
3. Dua maut bas persiaran terbabas di LPT2
Percutian 30 pelancong ke Pulau Redang, Terengganu, berakhir tragedi selepas dua daripada mereka maut apabila bas persiaran yang dinaiki mereka terbabas lalu terbalik.
4. SPRM siasat bekas menteri kanan, tokoh perniagaan seleweng RM2.3 bilion dana negara
Seorang bekas menteri kanan dan seorang tokoh perniagaan bergelar Tan Sri disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penyelewengan dana negara bernilai lebih RM 2.3 bilion.
5. Subsidi: Kerajaan akan beralih kepada pendapatan boleh belanja bersih isi rumah
Kerajaan akan melaksanakan peralihan dasar sosioekonomi daripada pendekatan berasaskan pendapatan B40, M40 dan T20 kepada berasaskan pendapatan boleh belanja bersih isi rumah.
6. Tiga laluan kontra atasi kesesakan di ibu negara
Tiga laluan kontra akan dibuka bermula 3 Julai ini sebagai langkah segera mengatasi masalah kesesakan jalan raya di ibu negara, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
7. TX2 terbakar punca kebakaran di Mid Valley - Suruhanjaya Tenaga
Siasatan awal Suruhanjaya Tenaga (ST) mendapati kebakaran di bilik Pencawang Masuk Utama Midvalley Megamall pada Rabu lepas berpunca daripada alat ubah TX2 yang terbakar sepenuhnya dan menyebabkan keseluruhan sistem bekalan elektrik terjejas.
8. Tular harga gula putih naik tidak benar
Orang ramai dinasihati agar tidak keliru dengan kenyataan tular di media sosial berkenaan kenaikan harga gula putih.
9. Piala Sudirman: Malaysia mara ke separuh akhir
Pasukan badminton negara terus memberi berita gembira kepada peminat di tanah air, selepas menundukkan Denmark 3-1 untuk melangkah ke saingan separuh akhir kejohanan Piala Sudirman 2023 di Suzhou, China malam ini.
10. Anwar terima kunjungan hormat Zhao Leji
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) China ke-14, Zhao Leji.
#berita pilihan #berita tempatan #berita dalam negara #Berita AWANI