ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 23 Mei 2023.

1. Takwim sekolah mula Januari pada 2026 - Fadhlina

Kementerian Pendidikan (KPM) memutuskan bahawa sesi persekolahan akan kembali diawalkan pada Januari bermula 2026.


2. RM6.3 juta anjur Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani

Kerajaan membelanjakan RM6.3 juta bagi majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani dikendalikan Jabatan Perdana Menteri melalui Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU), membabitkan tiga negeri iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu.


3. LIMA'23 buka tirai dengan aksi menakjubkan pesawat TUDM

Aksi pembukaan yang menakjubkan daripada pasukan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membuka tirai Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA'23) yang bermula hari ini sehingga 27 Mei.


4. Dewan Rakyat: Penggunaan kalimah Allah hanya di Sabah, Sarawak - Anwar

Kerajaan tetap berpendirian bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam penerbitan oleh orang bukan Islam di Semenanjung, kecuali di Sabah dan Sarawak.


5. Kalimah Allah: Takiyuddin dakwa AG kata penjelasan PM satu 'jawapan politik'

Penjelasan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung keputusan kerajaan menarik balik rayuan dalam kes penggunaan kalimah 'Allah' disifatkan sebagai "jawapan politik".


6. Siti Bainun kekal dipenjara, permohonan tangguh hukuman ditolak

Ini bermakna wanita berusia 31 tahun itu kekal dipenjarakan sementara menunggu rayuan terhadap sabitan dan hukuman didengar dan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.


7. Budak maut dibaham buaya ketika cari siput

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, mangsa berusia 12 tahun dikatakan disambar buaya ketika sedang berenang menghampiri perahunya.


8. Tak semua penjawat awam kaki ponteng - Cuepacs

Kes tata tertib membabitkan ponteng atau tidak hadir bertugas seperti didedahkan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) tidak menggambarkan keseluruhan sikap penjawat awam.


9. LIMA'23: PM Anwar rasmi segmen maritim

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini merasmikan segmen maritim Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA'23).


10. LIMA'23: Aset maritim negara mula dipertonton kepada orang awam hari ini

Umpama menonton babak-babak mencemaskan dalam filem PASKAL, pembukaan rasmi Segmen Maritim sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA'23) di Resort World Langkawi dekat sini benar-benar memukau sesiapa yang menyaksikannya.