MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 24/05/2023 | 15:46 MYT
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 24 Mei 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 24 Mei 2023.

1. RM11.2 bilion wang tak dituntut, 70 peratus wang akaun bank tidak aktif - Ahmad

Sebanyak RM11.2 bilion Wang Tak Dituntut (WTD) direkodkan di Jabatan Akauntan Negara setakat 30 April lalu.


2. Warga kota stres gaya hidup KL

Di sebalik kerancakan hidup suasana bandar dengan bangunan pencakar langit serta pelbagai gedung membeli-belah dan kemudahan, ia sebenarnya menyumbang kepada tekanan kesihatan mental warga kota.


3. Budak lelaki terima lapan jahitan diserang buaya

Seorang kanak-kanak lelaki menerima lapan jahitan selepas diserang buaya dalam satu kejadian di Kampung Batu Putih, pada Selasa.


4. Tikam, bakar teman wanita dengan niat sembunyi kehamilan

Perselisihan faham tentang kehamilan menjadi punca seorang wanita mati ditikam, ditoreh di bahagian perut dan dibakar di kebun kelapa sawit di Jalan Sungai Limau, Sungai Besar pada Isnin.


5. Penagih dadah jadikan ibu tebusan, serang polis maut ditembak

Seorang lelaki maut dipercayai akibat terkena tembakan selepas bertindak agresif menyerang anggota polis dengan parang dalam kejadian di Hutan Melintang di Bagan Datuk pada Selasa.


6. Kalimah Allah: Perhalusi kesan tarik balik rayuan mahkamah - Sultan Johor

Titah baginda, kesan-kesan daripada keputusan itu perlu diperhalusi dengan cermat kerana ia berkait rapat dengan isu yang berada dalam sempadan agama Islam dan sentimen umat Islam negara ini.


7. Everest: Jenazah Awang Askandar dijangka tiba Jumaat ini - Armizan

Jenazah pendaki Malaysia Everest 2023 (ME 2023), Leftenan Kolonel (PA) Awang Askandar Ampuan Yaacub, 56, dijangka tiba di Malaysia Jumaat ini.


8. Anak muda jangan jadi 'pencacai', 'walaun' pertahankan penyelewengan - PM Anwar

Golongan muda diingatkan untuk mempunyai ciri idealisme yang mana memiliki sikap keyakinan dan berminat untuk membawa perubahan bukan sahaja kepada diri sendiri bahkan kepada masyarakat.


9. Individu 35-44 tahun paling ramai muflis, pinjaman peribadi punca utama - Azalina

Individu berusia 35 hingga 44 tahun dikategorikan sebagai golongan paling ramai diisytiharkan muflis iaitu seramai 13,073 orang berdasarkan statistik dari 2019 hingga 2023.


10. Jin Wei perlukan sokongan

Bekas juara remaja dunia dua kali Goh Jin Wei gagal mengawal emosi kekecewaannya selepas ditunjukkan jalan keluar pada peringkat awal Masters Malaysia 2023, hari ini.




#berita tempatan #berita dalam negara #berita pilihan #Berita AWANI