Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 19 Ogos 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 19 Ogos 2023.
Parti Amanah Negara bersetuju menamakan bekas Speaker DUN Johor, Suhaizan Kaiat, sebagai calon PRK bagi Parlimen P161 Pulai dan Nazri Abdul Rahman bagi DUN N13 Simpang Jeram.
Laporan awal siasatan pesawat terhempas di Bandar Elmina pada Khamis akan disediakan dalam masa 30 hari dari tarikh kejadian kemalangan udara tersebut, menurut Kementerian Pengangkutan.
Jenazah penunggang p-hailing Muhamad Hafiz Muhamad Saleh, mangsa nahas pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam, Khamis lepas, dituntut keluarganya pagi ini bagi urusan pengebumian.
Sultan Nazrin bertitah usaha preventif menghindarkan perkara itu daripada berlarutan wajib dirintis dengan langkah tegas perlu dilaksanakan.
Mutasi BA.2.86 dikenal pasti di UK pada Jumaat pada seorang individu yang tidak mempunyai sejarah perjalanan baru-baru ini.
6. Pesawat terhempas di Elmina: Jenazah Muhamad Hafiz selamat dikebumi
6. Pesawat terhempas di Elmina: Jenazah Muhamad Hafiz selamat dikebumi
Jenazah Allahyarham Muhamad Hafiz Muhamad Saleh, 32, salah seorang mangsa pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam selamat dikebumikan di Sungai Petani, hari ini.
7. Abang tikam perut adik 9 tahun hingga mati
7. Abang tikam perut adik 9 tahun hingga mati
Seorang lelaki yang dipercayai mengalami masalah mental menikam mati adiknya yang berusia sembilan tahun dalam kejadian di kediaman mereka di Kampung Kinapulidan di Ranau pada Khamis lalu.
8. Pesawat terhempas di Elmina: Keluarga Muhamad Hafiz mohon henti sebar video
8. Pesawat terhempas di Elmina: Keluarga Muhamad Hafiz mohon henti sebar video
Adik Allahyarham, Noorhidayah Saleh, 30, berharap semua pihak dapat memahami dan menghormati perasaan mereka sekeluarga yang kehilangan Allahyarham sekelip mata.
9. KKD tepis tohmahan kerajaan sekat kebebasan bersuara
9. KKD tepis tohmahan kerajaan sekat kebebasan bersuara
Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) menepis tohmahan bahawa Kerajaan Perpaduan seolah-olah agresif dalam menyekat kebebasan bersuara susulan beberapa laman sesawang berita didakwa telah disekat.
10. Fahami al-Quran, jalin hubungan baik sesama manusia - PM Anwar
10. Fahami al-Quran, jalin hubungan baik sesama manusia - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia mampu dilaksanakan jika usaha untuk memahami al-Quran diberikan keutamaan, terutama dalam aspek memahami apa itu Islam dalam konteks sebuah negara berbilang kaum.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

