ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 31 Ogos 2023.


1. PRK Pulai: Sukarnya hidup di bandar, dihimpit pula kenaikan harga barang

Peningkatan kos sara hidup yang tinggi akibat ketidakstabilan ekonomi yang melanda dunia kekal menjadi isu utama yang menghimpit masyarakat di negara ini.



2. Jangan lupa asas kemerdekaan negara - Muhyiddin

Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan rakyat Malaysia untuk tidak melupakan asas kemerdekaan negara dibina atas terma mengenai hak-hak kaum yang telah dipersetujui secara bersama oleh pemimpin terdahulu.


3. Gempa bumi lemah dikesan di Ranau

Satu gempa bumi lemah berukuran 3.7 pada skala Richter berlaku di Ranau pada 7.13 pagi tadi.


4. Hari Kebangsaan: Agong, Permaisuri santuni rakyat pelbagai kaum

Baginda berdua dalam aksi spontan, luar daripada kebiasaan dan protokol, meluangkan masa kira-kira sejam beramah mesra, bersalaman dan mengambil swafoto dengan peserta perarakan dan pengunjung.


5. Digantung UMNO: Tajuddin dakwa ada pihak cuba sabotaj rayuan

Bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mendakwa ada pihak cuba melakukan sabotaj terhadap rayuan penggantungnya sebagai ahli UMNO.


6. Amirudin fail saman fitnah terhadap Sanusi

Peguam Amirudin, Haijan Omar mengesahkan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Rabu dengan salinan kertas kausa diserahkan kepada defendan.


7. Rakyat Malaysia boleh langgan pakej 5G RAHMAH mulai hari ini

Mulai hari ini bersempena sambutan Hari Kebangsaan, rakyat Malaysia layak untuk melanggan Pakej 5G RAHMAH dengan spesifikasi asas pelan data melibatkan telefon pintar berharga tidak melebihi RM240.


8. Anggota Rela meninggal dunia ketika perbarisan Hari Kebangsaan di Negeri Sembilan

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, lelaki yang berusia 53 tahun dikatakan mengalami serangan jantung ketika sedang melakukan lintas hormat.


9. Wanita diperkosa bergilir-gilir lima rakan abang ipar

Seorang wanita berdepan detik hitam selepas dirogol di rumahnya di Wangsa Maju, dekat sini oleh lima lelaki yang dipercayai rakan abang iparnya dalam kejadian pada Rabu.


10. Perlu ada suruhanjaya yang bebas untuk tangani isu berita palsu dan fitnah - Khairy

Isu berita palsu dan fitnah di negara ini boleh ditangani sekiranya sebuah suruhanjaya yang bebas dibentuk dan diberi kuasa bagi menangani isu berkenaan.