KUALA LUMPUR: Isu berita palsu dan fitnah di negara ini boleh ditangani sekiranya sebuah suruhanjaya yang bebas dibentuk dan diberi kuasa bagi menangani isu berkenaan.
Menurut bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, sekiranya perkara itu dapat dilakukan, beliau percaya isu fitnah dapat dikendalikan tanpa campur tangan mana-mana pihak.
"Saya setuju dengan cadangan bahawa perlu ada satu suruhanjaya melihat isu ini, dan ambil tindakan cepat. Masalahnya, kalau saya boleh cakap, kalau nak bawa kes saman fitnah ke mahkamah akan ambil masa lama.
"Saya ada pengalaman dengan Perdana Menteri ke-10 (Datuk Seri Anwar Ibrahim). Walaupun saya tak fitnah beliau, tapi saya hentikan rayuan saya. Perkara itu dah diselesaikan tetapi 'benda' itu dah lapan, sembilan tahun," katanya menerusi program podcast Keluar Sekejap bersama bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan pada Khamis.
Ujar Khairy lagi, pengalamannya ketika menjawat jawatan menteri turut berdepan situasi sama apabila sering diserang dengan isu-isu yang telah dijawab.
"Saya sebagai seorang menteri banyak isu timbul dan banyak kali saya nafikan, tapi ia masih muncul. Takkan saya nak saman semua orang. Perkara ini perlu ditangani untuk kerajaan dan siapa jadi pemimpin, kalau tidak benda ini akan berulang dan ada orang percaya," katanya lagi.
Terdahulu, Shahril dalam podcast yang sama mencadangkan agar suruhanjaya diberi tanggungjawab dalam menangani isu berita palsu, dan kata-kata individu yang disifatkan sebagai fitnah perlu bebas daripada mana-mana pihak.
Ujarnya, menjadi masalah apabila ketetapan yang dibuat dalam mengklasifikasikan sesuatu berita itu palsu mahupun fitnah sekiranya suruhanjaya terbabit terikat dengan kerajaan sedia ada.
"Ini menjadi masalah kerana garisan itu tidak jelas (garis panduan), di mana 'benda' ini (sesuatu isu), adakah ia kritikan yang legitimate atau tidak. Yang membuat keputusan apakah definisi itu (berita palsu atau fitnah) satu pihak partisan, itulah masalahnya.
"Mungkin dalam kematangan demokrasi Malaysia yang lebih baik, boleh kita memikirkan satu suruhanjaya yang bebas memberikan keputusan, adakah ini berbentuk menghasut atau membawa masalah, dan perlu dibendung, atau adakah ini kritikan membina yang adil diberikan," katanya lagi.
Fareez Azman
Thu Aug 31 2023
Isu berita palsu dan fitnah di negara ini boleh ditangani sekiranya sebuah suruhanjaya yang bebas dibentuk dan diberi kuasa bagi menangani isu berkenaan, kata Khairy. - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Laporan Ketua Audit Negara ada kelemahan, penemuan tak tepat - Khairy
Khairy berkata terdapat juga laporan LKAN yang ditulis berjela-jela sehingga memberi persepsi seolah-olah sesuatu sumber itu dibazirkan.
IMD: Pertama kali di kedudukan lebih rendah berbanding Thailand, Indonesia
Khairy Jamaluddin berkata, pengumuman mengenai ranking itu merupakan satu berita kurang baik untuk negara dan kerajaan.
Keluar Sekejap ambil alih podsiar Jugador TV, rancang terus perluas empayar
Keluar Sekejap mengumumkan pengambilalihan podsiar luar pertama, iaitu Jugador TV.
‘On a serious note? Habis tadi tu tak serius?’... Rafidah minta KJ, Shahril 'tebalkan telinga'
KJ, Shahril sampai terkedu dengan jawapan 'savage' Tan Sri Rafidah. Ikuti kompilasi menarik dari podcast #KeluarSekejap episod ke-79 ini...
KL PodFest 2024, pesta audio siar pertama Malaysia diadakan pada Februari
Saluran podcast Keluar Sekejap (KS) akan menganjurkan pesta audio siar pertama di Malaysia, KL PodFest 2024 selama dua hari pada 3 dan 4 Februari tahun depan.
‘Apa lagi Tun M tak puas hati dengan Anwar’ - Kamil Munim
Beliau beranggapan bahawa komen yang dikeluarkan oleh Dr Mahathir itu terhadap Ahli Parlimen Tambun sebagai tanda kekesalan.
Pendedahan hanya buktikan Tun Dr Mahathir tidak ikhlas bekerjasama dengan DAP - Loke
Pengakuan Tun Mahathir bahawa beliau hanya mempergunakan DAP untuk menjatuhkan Najib, membuktikan beliau tidak pernah ikhlas bekerjasama dengan parti itu.
'Syed Saddiq, ahli Parlimen jujur dan berprinsip' - Khairy
Tindakan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menarik diri daripada menyokong Kerajaan Perpaduan adalah berprinsip.
Perlu ada suruhanjaya yang bebas untuk tangani isu berita palsu dan fitnah - Khairy
Isu berita palsu dan fitnah di negara ini boleh ditangani sekiranya sebuah suruhanjaya yang bebas dibentuk dan diberi kuasa bagi menangani isu berkenaan.
GLIC perlu diberi kebebasan melabur di luar negara - Shahril Hamdan
Shahril berkata GLIC perlu diberikan kebenaran untuk berbuat demikian semata-mata kerana bimbang terhadap kedudukan ringgit.