MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 07/11/2023 | 15:55 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 7 November 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 7 November 2023.


1. PM Anwar putuskan sertai APEC 2023 di Amerika Syarikat

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memutuskan untuk menghadiri Minggu Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2023 di San Francisco, Amerika Syarikat yang bermula hujung minggu ini.



2. Isu Palestin: Hamas bukan pengganas, Malaysia tidak iktiraf RUU Amerika Syarikat – PM Anwar

Malaysia tegas untuk tidak mengiktiraf undang-undang Amerika Syarikat yang bertujuan menekan mana-mana pihak termasuk kerajaan negara lain menyalurkan bantuan kepada Hamas, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


3. RM500 juta dibelanja untuk promosi, iklan zaman Muhyiddin - PM Anwar

Kerajaan telah membelanjakan RM700 juta sejak 2020 hingga 2022 untuk promosi, iklan dan publisiti untuk kerajaan, menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berkongsi angka itu di Dewan Rakyat.


4. Lokman Adam bebas tuduhan sebar berita palsu berkaitan COVID-19

Mahkamah Sesyen melepas dan membebaskan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam daripada pertuduhan menyebarkan berita palsu melalui rakaman audio visual mengenai virus COVID-19, dua tahun lepas.


5. Monsun Timur Laut dijangka bermula 11 Nov hingga Mac 2024

Monsun Timur Laut atau musim tengkujuh di negara ini dijangka bermula pada 11 Nov ini dan berterusan sehingga Mac 2024.


6. Dua juta kenderaan sehari dijangka guna lebuh raya PLUS ketika Deepavali

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan sebanyak dua juta kenderaan sehari menggunakan lebuh raya itu pada hari-hari puncak sempena perayaan Deepavali ini.


7. Najib pindah wang daripada akaun peribadi ke akaun lain dianggap kesalahan AMLA - Pegawai penyiasat

Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa tindakan Datuk Seri Najib Tun Razak memindahkan RM150 juta dan RM12 juta daripada akaun peribadinya ke akaun peribadi lain di bank AmIslamic dikategorikan sebagai kesalahan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA).


8. Syed Saddiq bebas atau bersalah, diketahui Khamis ini

Nasib Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sama ada dilepaskan atau disabitkan atas empat pertuduhan bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), akan diputuskan Mahkamah Tinggi, pada Khamis.


9. Peruntukan sehingga RM40 juta, latihan AI bagi penjawat awam - PM Anwar

Kerajaan akan memperuntukkan sehingga RM40 juta bagi penyediaan latihan bidang kecerdasan buatan (AI), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


10. Demi rakyat Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi dari PN isytihar sokong Anwar

Ahli Parlimen Gua Musang dari Perikatan Nasional (PN), Datuk Mohd Azizi Abu Naim mengisytiharkan sokongan penuh kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkuat kuasa pada Selasa.


#berita tempatan #berita pilihan #berita utama #Berita AWANI