awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Najib pindah wang daripada akaun peribadi ke akaun lain dianggap kesalahan AMLA - Pegawai penyiasat

Bernama
Bernama
07/11/2023
11:25 MYT
Najib pindah wang daripada akaun peribadi ke akaun lain dianggap kesalahan AMLA - Pegawai penyiasat
Najib, 70, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion milik 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa tindakan Datuk Seri Najib Tun Razak memindahkan RM150 juta dan RM12 juta daripada akaun peribadinya ke akaun peribadi lain di bank AmIslamic dikategorikan sebagai kesalahan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA).
Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram ACP Foo Wei Min berkata dari sudut teori, pengubahan wang haram dari satu akaun ke akaun lain dianggap sebagai 'layering' atau berlapis, iaitu satu peringkat dalam proses pengubahan wang haram.
"Tindakan (memindahkan wang dari satu akaun ke akaun lain) itu juga disifatkan sebagai berlapis kerana ia adalah percubaan untuk mengelirukan pihak berkuasa, menyukarkan mereka untuk mengesan sumber awal wang itu," katanya.
Saksi pendakwaan ke-48 itu merujuk kepada dakwaan tindakan Najib memindahkan RM150 juta dan RM12 juta, masing-masing pada 27 dan 30 Ogos 2013 daripada akaun AmIslamic yang berakhir dengan nombor 694 miliknya ke akaun 880 pada perbicaraan bekas perdana menteri itu membabitkan penyelewengan RM2.3 bilion daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Bagaimanapun, peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata tindakan itu mesti mempunyai unsur menyembunyikan, yang tidak dilakukan Najib memandangkan Bank Negara Malaysia (BNM) mengetahui mengenai transaksi berkenaan pada masa itu.
"Oleh itu, ketidakadilan telah berlaku kerana beliau (Najib) tidak dapat menjelaskannya semasa siasatan. Jika mahu menyembunyikannya, beliau tidak akan memindahkannya dari satu akaunnya ke akaun yang lain, bukan?" kata peguam itu.
Sementara itu, Muhammad Shafee, ketika merujuk kepada dokumen yang disediakan Foo memperincikan dana dalam akaun Najib, menyoal pegawai penyiasat itu sama ada beliau bersetuju Najib berbelanja besar untuk tujuan politik dan kebajikan, termasuk UMNO dan tanggungjawab sosial korporat (CSR).
Foo bersetuju dengan Muhammad Shafee mengenai perkara itu.
Saksi itu juga bersetuju dengan cadangan peguam bahawa tiada wang itu digunakan untuk tujuan peribadi Najib, termasuk membeli kapal layar.
Najib, 70, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion milik 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Najib Razak
#pengubahan wang haram
#1MDB
#AMLA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan