Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 10 November 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 10 November 2023.
Pengecualian tol akan diberikan kepada semua jenis kelas kenderaan di semua plaza tol kecuali di plaza tol di sempadan negara.
Blok kerajaan kini mempunyai 151 daripada 222 kerusi, jumlah selesa dua pertiga di Dewan Rakyat.
Bintang meningkat naik itu akan bertarung dengan juara Muay Thai Antarabangsa WBC, Edgar Tabares, dalam pertarungan ONE Fight Night 17.
Pengerusi DAP, Lim Guan Eng akan memulakan prosiding undang-undang dan tindakan jenayah terhadap Ahli Parlimen Kepala Batas, Siti Mastura Muhammad.
Kerajaan Selangor memperuntukkan RM2.53 bilion dalam Belanjawan 2024 bagi perbelanjaan mengurus dan melaksanakan pembangunan negeri.
Selangor memberikan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Kali Ketiga sebanyak setengah bulan gaji, dengan minimum RM1,000 kepada semua penjawat awam Kerajaan Negeri bagi menghargai penglibatan mereka menjayakan kutipan hasil.
Mangsa terakhir kejadian bangunan runtuh di sebuah resort di Pulau Perhentian dekat sini ditemukan maut oleh anggota operasi mencari dan menyelamat (SAR) petang ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghadiri Sidang Kemuncak Tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) kali kelapan pada Sabtu (11 Nov) di Riyadh, Arab Saudi.
Pengguna lebuh raya masih perlu menyentuh kad Touch n Go, dan melakukan transaksi SmartTAG atau RFID di plaza tol kendalian PLUS Malaysia Berhad (PLUS) untuk rekod perjalanan, susulan keputusan Kerajaan untuk memberikan tol percuma sempena sambutan Deepavali.
Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming menyumbang sebulan gajinya sebagai hadiah kepada pemenang-pemenang Anugerah Inovasi Perdana Sektor Awam (AiPSA) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 7 Nov 2023.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

