ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 17 November 2023.

1. KDNK Malaysia tumbuh 3.3 peratus bagi suku ketiga 2023

Malaysia mencatatkan pertumbuhan 3.3 peratus bagi Keluaran Dalam Negara Kasar untuk suku ketiga tahun 2023, berbanding 2.9 peratus pada suku kedua tahun yang sama. 


2. Mohammad Agus sudah tiada kaitan dengan kerajaan, J-KOM

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mengesahkan bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti Datuk Mohammad Agus Yusoff tidak lagi punyai kaitan dengan kerajaan atau jabatan berkenaan. 


3. Presiden MyPPP Maglin meninggal dunia

Presiden Parti Progresif Penduduk Datuk Seri Maglin Dennis D'Cruz meninggal dunia pada usia 67 tahun di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, tengah malam tadi.


4. Sime Darby dapat persetujuan pemegang saham untuk ambil alih UMW 

Sebanyak 99.7 peratus pemegang saham Sime Darby Bhd memberikan kelulusan untuk syarikat itu mengambil alih 61.2 peratus kepentingan Permodalan Nasional Bhd (PNB) dalam UMW Holdings Bhd. 
 

5. PKR minta henti sebar rakaman panggilan video aib

PKR menggesa orang ramai berhenti menyebarkan rakaman panggilan video melibatkan dua individu yang ‘mengaibkan’ kerana ia menimbulkan tidak senang terhadap pimpinan Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Biro Pembangunan Komuniti Wanita PKR, Rozy Razit. 


6. Sharnaaz Ahmad dilepas bebas kes cedera ‘pak guard’

Pelakon Sharnaaz Ahmad meluahkan rasa kesyukuran selepas Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur hari ini melepas dan membebaskannya daripada tuduhan mencederakan seorang pengawal keselamatan di sebuah kondominium tahun lalu. 


7. Nazir Razak selamat bernikah dengan Yati Zainuddin

Tan Sri Mohamed Nazir Tun Abdul Razak mencuri perhatian netizen hari ini selepas tular sekeping gambar yang memperlihatkan beliau mengenakan busana pengantin serba putih untuk majlis pernikahan dengan wanita pilihan hatinya, Yati Zainuddin.


8. Hamidin mahu 'tegur' Zii Jia

Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024 Datuk Hamidin Mohd Amin mahu mengadakan pertemuan empat mata dengan Lee Zii Jia bagi membincangkan keputusan perseorangan lelaki negara itu untuk tidak menyertai program Road To Gold (RTG).


9. Nilai kami secara profesional, adil - Fahmi

Kerajaan Perpaduan yang akan memasuki usia setahun pentadbirannya, mempunyai kelemahan, namun sebarang penilaian perlu dibuat secara profesional dan adil, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.


10. Video disunting, komplot jatuhkan imej - Mohammad Agus

Bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Mohammad Agus Yusoff mendakwa audio pada video perbualan songsang yang bersama seorang lelaki bernama Wahab adalah disunting oleh pihak tidak bertanggungjawab.