Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 25 November 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 25 November 2023.
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah menzahirkan kebimbangan mengenai aspek budi bahasa dan sopan santun yang semakin diketepikan.
'JIKA dia lahir di Eropah, sudah tentu dia akan meletup' itu kata-kata mendiang B. Sathianathan.
Kenyataan Sirul Azhar dalam wawancara eksklusif bersama Aljazeera English 101 East pada Jumaat disifatkan tidak langsung mempunyai merit.
Hujan lebat berterusan tahap bahaya dijangka melanda beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu sehingga Isnin ini (27 Nov).
Sokongan serta penilaian rakyat terhadap Kerajaan Perpaduan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat sejak September lepas hingga kini, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Tiada kos terlibat bagi membaik pulih permukaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil yang rosak susulan konsert kumpulan Coldplay diadakan di venue berkenaan pada Rabu lepas, kata Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.
Kerajaan memperuntukkan RM1 bilion tahun depan untuk inisiatif Dana Komuniti Madani, bagi membantu masyarakat desa mulakan projek ekonomi sendiri, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan semua dakwaan daripada bekas pengawal peribadinya Sirul Umar Azhar, dalam satu wawancara yang disiarkan dalam program Al Jazeera's 101 East mengenai pembunuhan Altantuya Shaaribuu pada 2006.
Kementerian Pendidikan (KPM) digesa untuk menyiasat dakwaan mengenai larangan nyanyian lagu tradisi bahasa Tamil sewaktu penganjuran Karnival Bahasa Tamil Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 di Kepala Batas, Pulau Pinang, baru-baru ini.
Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan tindakannya mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada pemilihan akan datang sebagai gimik perhimpunan agung tahunan parti.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

