ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 19 Disember 2023.


1. Dasar Pandang Ke Timur kini termasuk China - Anwar

Malaysia yang sebelum ini hanya menjadikan Jepun dan Korea Selatan sebagai contoh model pembangunan ekonomi, kini turut berminat untuk belajar dari China.



2. Bekas Presiden Majlis Peguam, peguam ternama Sulaiman Abdullah meninggal dunia

Datuk Sulaiman Abdullah dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pada petang Isnin.


3. Mohamad belum jejak kaki ke pejabat baharu sejak dilantik Menteri Luar

Biarpun belum lagi menduduki pejabat baharunya, Menteri Luar yang baru dilantik, Datuk Seri Mohamad Hasan melaksanakan tugas dengan lancar dan Tokyo menjadi medan ujian untuknya.


4. Kes COVID-19 meningkat, Agong nasihatkan rakyat disiplin kawalan kendiri

Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihatkan rakyat Malaysia mengambil langkah berjaga-jaga dan berdisiplin dalam kawalan kendiri berikutan peningkatan kes COVID-19 mutakhir ini.


5. Jenazah M.Daud Kilau selamat dikebumikan

Jenazah penyanyi legenda negara, Datuk M.Daud Kilau selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Balai Baroh, Bagan Datuk kira-kira jam 2.30 tadi.


6. Dua misi ke Jepun bawa pulang hampir RM30 bilion - Tengku Zafrul

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berjaya membawa pulang RM6.6 bilion potensi Pelaburan Langsung Asing (FDI) dan RM700 juta potensi eksport melalui Misi Perdagangan dan Pelaburannya ke Jepun baru-baru ini.


7. Banjir gelombang kedua di Terengganu pulih sepenuhnya

Banjir gelombang kedua di Terengganu pulih sepenuhnya apabila empat pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di tiga daerah ditutup secara rasmi 1 tengah hari tadi.
 

8. Rafizi rancang podcast YBM bermula 8 Januari 2024

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli merancang untuk memulakan proram bual bicara podcast 'Yang Bakar Menteri (YBM)' yang memberi peluang kepada sesiapa sahaja bersemuka dengannya.


9. Dua maut kejadian pokok tumbang di Ampang

Dua orang disahkan maut dalam kejadian pokok tumbang di jalan utama Kampung Lembah Jaya Utara, Selangor, pada Selasa.


10. Pengumuman berkaitan tol sempena Krismas dijangka Jumaat ini

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan hari ini memberi bayangan pengumuman berkaitan tol sempena perayaan Krismas, berkemungkinan dibuat Jumaat ini.