awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Khamenei beri amaran kepada AS serangan akan mencetuskan perang serantau
Angka korban kebakaran bar di Switzerland meningkat kepada 41
Pakistan umum boikot perlawanan Piala Dunia T20 Lelaki ICC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes COVID-19 meningkat, Agong nasihatkan rakyat disiplin kawalan kendiri

Astro Awani
Astro Awani
19/12/2023
06:53 MYT
Kes COVID-19 meningkat, Agong nasihatkan rakyat disiplin kawalan kendiri
Al-Sultan Abdullah menzahirkan kegusaran jika rakyat lalai atau mengambil sikap sambil lewa, kes COVID-19 akan terus meningkat. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihatkan rakyat Malaysia mengambil langkah berjaga-jaga dan berdisiplin dalam kawalan kendiri berikutan peningkatan kes COVID-19 mutakhir ini.
Dalam satu kenyataan, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Mejar Jeneral Datuk Indera Zahari Mohd Ariffin memaklumkan Al-Sultan Abdullah bertitah rakyat, khususnya golongan rentan, warga emas dan mereka yang mempunyai komorbiditi mengamalkan pemakaian pelitup muka di kawasan tumpuan awam, sesak dan tertutup.
Al-Sultan Abdullah juga bertitah agar rakyat menjaga penjarakan fizikal dan kerap mencuci tangan serta menggunakan cecair pembasmi kuman.
"Selain kawalan kendiri tersebut, individu bergejala disaran mengelakkan 3S iaitu berada di kawasan sesak, sempit dan bersembang sebagai langkah pencegahan dan bagi mengurangkan risiko jangkitan virus ini.
"Seri Paduka Baginda menzahirkan kegusaran jika rakyat lalai atau mengambil sikap sambil lewa, kes Covid-19 akan terus meningkat, tambahan pula ketika ini musim percutian sekolah yang menyaksikan banyak pergerakan dan perhimpunan orang ramai," ujarnya.
BACA SEMUA BERHUBUNG COVID-19 DI SINI
Menurut Zahari, Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan sokongan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis memantau rapi kes jangkitan virus ini di seluruh negara dan mengeluarkan kenyataan, cadangan serta arahan berkaitan, bergantung kepada situasi semasa.
"Sehubungan dengan itu, rakyat juga disaran supaya sentiasa peka dengan perkembangan terkini berkenaan kes COVID-19 di negara ini dan arahan dikeluarkan oleh KKM dari semasa ke semasa," katanya lagi.
Dilaporkan dari 10 hingga 16 Disember, kes COVID-19 melibatkan seramai 20,696 pesakit dengan 151 pesakit memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi di seluruh negara.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
#kawalan kendiri
#penjarakan fizikal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan